suria

Rutin berubah, mak ayah ‘rushing’ sampai terlupa ada bayi! Amal 9 teknik ini elak insiden tertinggal anak dalam kereta

Ada 9 cara boleh dilakukan ibu bapa supaya tidak terlupa anak dalam kereta.

INSIDEN bayi atau anak kecil yang ditemukan tidak sedarkan diri selepas beberapa jam ditinggalkan dalam kereta banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Nampaknya masih terdapat ramai dalam kalangan ibu bapa atau penjaga yang tidak peka tentang keselamatan anak-anak dan bersikap cuai.

Susulan apa yang berlaku, pakar perubatan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menyenaraikan sembilan kaedah bagi mengelakkan berlakunya kejadian ibu bapa meninggalkan anak-anak secara tidak sengaja.

1. Jangan letak 'baby seat' di belakang kerusi pemandu

Kerusi di belakang tempat duduk pemandu adalah 'titik buta' (blindspot) mereka.

Jadi untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku, letakkan kerusi kanak-kanak (baby seat) di belakang tempat duduk penumpang supaya ia berada dalam ruang pandangan.

2. Jadikan amalan periksa ruang kabin kereta

Mulakan amalan untuk perhatikan ruang kabin bermula dari sekarang.

Sila periksa bahagian ini termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan belakang sebelum mengunci kereta.

Raise me up..Siti Damia Faqihah,6 months old, being raise by her mother, Siti Esah Manab,35 years old. FAIHAN GHANI/The Star.Siti Esah Manab, 35 originated from Kedah Darul Aman. Currently living in Kuala Lumpur. She is a fulltime housewife and mother to 3 beautiful children consist of 1 boy and 2 girls. Her husband have a same problem as her, currently works at massage center in kuala Lumpur for a living. She have eye sight problem since born now have 2 children with the same problem.  Currentlly, her eldest children, Siti Damia Faqihah, 6 months old is having eye transplant treatment at Hospital Kuala Lumpur.  She have sign up 2 of her children to Malaysian Association for the Blind (MAB) complex for education, rehabilition and vocation training. MAB is the premier voluntary organisation in Malaysia serving visually impaired persons. She commute on weekday to give better quality of life to her children in the future. For Siti Esah Manab, everyday is a Mother's Day. She feel that every child is a blessing from God. She always try her best to be able to take care of the precious gift. She hope that God give her strength and good health to be able to fulfill her responsibility as a mother.For more information and contribution, do contact Siti Esah Manap at 013-3916599.Photo by FAIHAN GHANI/The Star.

Keselamatan anak perlu menjadi keutamaan bagi setiap ibu bapa dan penjaga.

3. Letak patung permainan

Pilih patung bersaiz besar dan warna yang terang sebagai peringatan anak berada di kerusi belakang.

Sewaktu anak diletakkan di kerusi kanak-kanak. pindahkan patung berkenaan di kerusi penumpang hadapan.

Jadi, teknik ini boleh membuatkan anda ingat sekiranya anak masih berada di tempat duduk belakang.

4. Letak barang anak di kerusi penumpang hadapan

Meletakkan barangan milik anak di tempat duduk hadapan boleh dijadikan peringatan bahawa anak anda masih berada di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang penting di belakang

Pemandu boleh meletakkan apa-apa barangan penting seperti beg, tag kerja, kunci pejabat atau sebelah kasut anda di ruang penumpang di belakang.

Bagaimanapun, tidak digalakkan untuk memandu tidak berkasut.

6. Letak tag pada pemegang pintu pemandu di bahagian luar

Ini sebagai 'tanda' anak anda di dalam kereta dengan label boleh dibeli atau dihasilkan sendiri, menggunakan barangan di rumah.

The Transport Ministry said that by next year it will be mandatory for car owners to have child seats.

Kerusi bayi perlu dialihkan ke bahagian lebih mudah dilihat pemandu.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh

Jika berlaku pertukaran rutin menghantar anak, pesan kepada pasangan untuk mengingatkan anda.

Ibu bapa boleh juga boleh meninggalkan pesanan supaya mereka membuat panggilan telefon jika anak tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masa ditetapkan.

8. Guna peranti atau aplikasi telefon

Pemandu boleh menggunakan kaedah ini untuk memberi peringatan mengenai anak di dalam kereta.

Sebagai contoh aplikasi ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

9. Aktifkan aturan Child Reminder

Bagi pengguna aplikasi navigasi Waze, anda boleh memilih untuk mengaktifkan aturan Child Reminder yang akan memberi peringatan mengenai anak di kerusi penumpang belakang, sejurus tiba ke destinasi.

Pengaktifan boleh dibuat menerusi Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain