suria

Ramai nak bersara awal, tapi tak cukup duit... Bekas pemain bola sepak Azmeer Yusof kongsi idea boleh jana RM2,500 sebulan

Azmeer memilih untuk bersara awal dan jana pendapatan melalui rumah sewa.

SETIAP daripada kita mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kehidupan.

Bagi bekas pemain beberapa kelab bola sepak, Azmeer Yusof, dia memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dengan bersara awal.

Persoalannya bagaimana ia dapat direalisasikan? Berapa banyak wang simpanan atau aset yang dia perlu ada untuk bersara awal?

Menerusi perkongsian di Facebook, dia menceritakan perancangan yang dilakukan bagi menjana pendapatan pasif dalam mencapai cita-citanya itu.

"Waktu ini sudah nampak perjalanan saya sebagai pemain bola sepak berada di penghujung. Walaupun pada hakikatnya saya boleh bermain lagi lima hingga enam tahun.

Tetapi saya tetap nak bersara kerana ingin tumpukan kepada kehidupan yang baru iaitu untuk hidup dalam ketenangan," katanya.

Ujar Azmeer, dia membeli sebuah lot tanah berkeluasan 9,000 kaki persegi secara tunai dengan harga RM200,000 bagi membina bangunan rumah sewa lima pintu.

Mengikut perkiraan kasar, setiap rumah akan disewakan pada kadar RM500 hingga RM600 sebulan.

Azmeer kini aktif membantu masyarakat memerlukan menerusi pertubuhan sendiri.

Azmeer kini aktif membantu masyarakat memerlukan menerusi pertubuhan kebajikan sendiri.

Ini bermakna Azmeer akan menjana pendapatan daripada penyewa sekitar RM2,500 sebulan.

"Ia mencukupi untuk tampung kehidupan saya kerana sebelum bersara saya dah langsaikan segala hutang piutang dengan bank.

"Jadi dengan RM2,500 saya boleh hidup tanpa bekerja," katanya lagi.

Tambah Azmeer yang berasal dari Taiping, Perak, dia yakin pemilikan aset seperti tanah dan rumah mampu menjana pendapatan di kemudian hari jika dirancang dengan baik.

Idea berkenaan sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan.

"Pemain bola sepak kena terima hakikat tak semuanya business minded. Jadi rumah sewa adalah salah satu pilihan untuk kita dapat income selepas berhenti daripada bola sepak.

Selangor player, Ugochukwu Ukah (left) trying to touch Kedah players, Azmeer Yusof from bring the ball during on Super League match at Darulaman Stadium tonight. IRSYADI ISMAIL/ THE STAR

Foto kenangan Azmeer ketika beraksi mewakili pasukan Kedah.

"Simpan duit daripada sekarang. Beli tanah, beli rumah dan sewakan. Trust me anda akan dapat ‘pencen‘ setiap bulan. Gaji pemain bola sepak sekarang lima angka.

"Mustahil tak boleh simpan tunai RM500,000 sebelum bersara. Jika rasa tak boleh, tolong semak semula gaya hidup anda," katanya.

Untuk rekod, Azmeer merupakan pemain pertahanan Kedah sewaktu mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak profesional pada 2020.

Dia pernah mewakili tujuh pasukan yang berbeza sejak 2008 bermula dengan Kuala Lumpur.

Kini Azmeer menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan dan kebajikan selepas menubuhkan Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain