suria

Pelik asyik sakit bila duduk rumah, anda mungkin menghidap ‘sick building syndrom’

Mereka yang terkena SBS hanya sakit ketika berada di rumah atau sesebuah bangunan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita buntu apabila kerap mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Dia berulang kali berdepan simptom seperti sesak dada dan pening kepala walaupun tiada sebarang penyakit serius.

Malah, disebabkan sudah hampir sebulan kerap diserang demam, dia mula berfikir dirinya terkena gangguan makhluk halus.

Masalahnya mendapat perhatian di media sosial apabila pelayar di X, flwrsxB memberi cadangan supaya dia menukar cadar dan mencuci kipas kerana berkemungkinan terdapat kulat (mold) dalam bilik.

Pelayar berkenaan berkata, gejala yang dialami wanita itu mungkin ada kaitan dengan sindrom bangunan sakit atau sick building syndrom (SBS) yang mana individu di dalam sesebuah bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

Bagi mereka yang mempunyai SBS, rasa sakit kepala, sesak nafas, sakit tekak, bersin, sukar untuk fokus dan pedih mata akan berkurangan atau sembuh selepas keluar dari bangunan tersebut.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat 10 faktor yang menyumbang kepada SBS:

The business woman is hurting at her heart and is in the office.

Rasa sakit mula dirasai ketika memasuki sesebuah bangunan atau rumah. -Gambar hiasan

1. Sistem pengudaraan teruk

2. Persekitaran kotor dan berhabuk

3. Pencahayaan tidak sempurna

4. Kewujudan kulat dan lumut

5. Asap rokok

6. Bau bahan kimia daripada perabot dan lantai

7. Peralatan komputer lama

8. Najis haiwan dan serangga

9. Persekitaran yang bising

10. Bau bahan kimia dari produk mencuci

Bagaimanapun, SBS ini hanya boleh disahkan sekiranya 20 peratus daripada penghuni bangunan mengalami gejala dan mengadu kualiti udara tidak baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain