suria

Usah cemarkan makanan sihat! Sekurang-kurangnya ada 5 risiko kesihatan jika suka makan manisan viral Tanghulu

Tanghulu dihasilkan menggunakan air dicampur kadar gula yang tinggi. -Gambar Facebook

MANISAN Tanghulu yang popular di China dan Korea kini sudah viral dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ramai yang berkongsi resipi atau cara mudah menghasilkan Tanghulu yang sememangnya kelihatan menarik untuk dinikmati.

Secara asasnya, Tanghulu dibuat dengan menyalut buah-buahan seperti strawberi, anggur atau limau dengan air yang tinggi kandungan gulanya.

Walls Scoops of Happiness media workshop with Samantha Lee, mom and online food star. April 30, 2014. FAIHAN GHANI/The Star.

Buah-buahan digunakan untuk membuat Tanghulu. -Gambar hiasan

Kemudian, manisan ini perlu dicelup ke dalam air sejuk bagi menghasilkan gula yang rangup.

Namun, kandungan gula yang tinggi ini mula menimbulkan kebimbangan sesetengah rakyat Malaysia yang bimbangkan tentang masalah kesihatan.

Memetik laporan Hellodoktor, terdapat lima kesan akibat pengambilan gula yang terlalu tinggi.

1. Pertambahan berat badan (obesiti)

Minuman manis tidak menyekat rasa lapar, sekali gus menjadi punca pertambahan berat badan.

Ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral (lemak dalam perut) yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

2. Risiko diabetes jenis 2

Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh panjang mendorong kepada rintangan insulin (hormon dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa).

Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes.

Ian Lau making Moon cake and jerry—LOW BOON TAT/THE STAR

Gula dalam kuantiti tinggi digunakan dalam penghasilan Tanghulu.

3. Tahap kemurungan meningkat

Makanan tinggi gula tambahan dalam makanan dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan.

Ini bertentangan dengan makanan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi seseorang.

4. Mudah lesu (kehabisan tenaga)

Kadar insulin dan gula dalam darah yang naik mendadak boleh meningkatkan kadar tenaga.

Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap saja dikenali sebagai sugar crush.

Kesannya, individu itu akan lebih kerap mengantuk.

Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan rasa mengantuk. -Gambar hiasan

5. Hati berlemak

Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak kerana karbohidrat sederhana atau gula ini hanya dicernakan oleh hati.

Selain kesan dinyatakan di atas, terdapat beberapa masalah kesihatan lain disebabkan pengambilan gula seperti penyakit buah pinggang, kesihatan gigi dan risiko gout.

Seperti yang kita ketahui, pengambilan buah-buahan adalah baik untuk kesihatan tubuh seperti disarankan oleh doktor.

Tetapi, kebaikan pengambilannya dirosakkan oleh gula sebagai perasa tambahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain