suria

Salah pilih telur boleh sakit perut! Ini panduan sebelum beli, elak dicemari Salmonella

Telur mengandungi banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan.

TELUR merupakan sumber protein yang baik selepas aktiviti bersenam bagi membantu memperbaiki tisu badan dan membina kekuatan otot.

Namun jangan ambil mudah tentang aspek kebersihan kerana pengambilan telur yang tercemar boleh mengundang bahaya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sumber protein ini mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya bakteria Salmonella.

Kesan daripada makan telur tercemar ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala demam, kekejangan perut dan cirit-birit.

Ini panduan seperti yang dikongsikan KKM untuk anda sebelum dan selepas membeli telur:

Telur merupakan sumber protein baik untuk semua orang.

1. Membeli telur mengikut keperluan

2. Basuh telur yang bernajis sebelum digunakan

3. Simpan telur di tempat yang bersesuaian

4. Lihat tarikh luput dan baca label (jika ada)

5. Pastikan tiada telur yang pecah

6. Pastikan tiada telur yang retak

7. Pastikan telur tidak berbau busuk

Kesimpulannya, terdapat banyak khasiat boleh diperoleh daripada telur namun pengambilannya haruslah secara bersederhana untuk mengelakkan masalah kesihatan lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain