suria

Guna 4 bahan ringkas, kerak kuali boleh ditanggalkan dalam masa 20 minit! Dah tak perlu susah-susah sental

Kerak pada kuali boleh ditanggalkan dengan mudah.

BAHAGIAN bawah kuali atau biasa dipanggil 'buntut' yang kerap digunakan untuk memasak akan bertukar menjadi hitam.

Sekiranya dibiarkan terlalu lama, ia akan mula membentuk satu selaput yang dipanggil kerak.

Disebabkan kerak terlalu tebal, proses untuk memasak pula akan menjadi lebih lama.

Malah, dalam kita tidak sedar, masalah ini menyebabkan penggunaan gas yang banyak dan cepat habis.

Farah menunjukkan teknik mudah mencuci buntut kuali yang berkerak.

Tetapi usah bimbang, ada cara mudah untuk menyelamatkan kuali kesayangan daripada dibuang begitu sahaja.

Teknik menggunakan empat bahan mudah untuk menanggalkan kerak itu dikongsikan oleh Farah Farhana menerusi satu hantaran di TikTok.

Langkah-langkahnya seperti berikut:

1. Taburkan 100 gram garam di bahagian buntut kuali.

2. Letakkan sabun pencuci pinggan di sekeliling bawah kuali.

3. Tutup bahagian tersebut menggunakan beberapa helai tisu.

4. Tuangkan cuka pada tisu sehingga menjadi lembab.

5. Biarkan selama 20 minit.

Lap bahagian bawah kuali sebelum digunakan semula.

Setelah 20 minit, buang tisu tersebut.

Hasilnya, kerak tertanggal dengan mudah sebagaimana dikongsikan dalam paparan video.

Kaedah dikongsikan ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah tenaga untuk menyental kuali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain