suria

Bahaya makan tempe dibalut daun pisang? Ambil tahu bezanya dengan bungkusan plastik, katanya lebih ‘hygiene’

Ada kelebihan tersendiri bagi tempe yang dibalut dengan daun pisang atau plastik.

TEMPE merupakan sejenis makanan yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai orang kerana rasanya yang lazat.

Selain dimakan dengan nasi, makanan yang boleh dijadikan snek ini juga boleh menurunkan risiko mendapat penyakit seperti kanser dan osteoporosis.

Sumber protein itu juga sesuai untuk orang yang dalam proses menurunkan berat badan dan sering dijadikan pilihan menu makanan vegetarian.

Terdapat dua jenis tempe yang dijual di pasaran sama ada dibalut secara tradisional dengan daun pisang atau sudah moden apabila dibungkus di dalam plastik.

Tempe merupakan sumber protein yang baik.

Namun apakah perbezaan kedua-dua jenis tempe itu?

Tempe dibungkus dengan daun pisang

Tempe dibalut daun pisang sudah wujud sejak dahulu lagi.

Sebenarnya, tempe yang dibalut dengan daun pisang mempunyai kelebihan iaitu daripada segi rasa dan aroma.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya kena rendam dulu, baru sedap! Akhirnya jumpa cara goreng tempe yang betul, garing di luar tapi lembut di dalam

Sebatian polifenol yang terkandung dalam daun pisang akan memberikan tempe yang ditapai mempunyai rasa tersendiri dan lebih enak.

Bagaimanapun ketika ingin membeli tempe dalam daun pisang, pastikan ia masih bersih dan sesuai untuk dimakan.

Tempe dengan bungkus plastik

Tempe yang dibungkus dalam plastik pula berbeza apabila rasa dan aromanya kurang 'menyengat'.

Namun daripada sudut kebersihan pula, kebiasaannya tempe yang dibalut dengan plastik cenderung dianggap lebih bersih dan tahan lama.

Tempe yang bungkus dengan plastik tahan lebih lama.

Sebagai kesimpulan, kedua-dua tempe yang dibungkus dengan daun pisang dan plastik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Juteru sebagai pengguna, kita dinasihatkan supaya berhati-hati dan bijak memilih bahan makanan yang dijual termasuk tempe khususnya dalam aspek kebersihan.

Aroma yang dihasilkan daripada balutan daun pisang memang memberi nilai tambah kepada tempe, namun periksa dulu isinya sebelum beli.

Begitu juga bagi tempe yang dibalut di dalam plastik, rasa tetap sedap jika dimasak dengan kaedah yang betul

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain