suria

Lama rumah ditinggalkan, selepas pulang ini cara tentukan makanan dalam peti sejuk masih selamat digunakan

Makan makanan yang sudah rosak akan mengundang pelbagai penyakit. -Gambar hiasan

MENYIMPAN makanan dalam peti sejuk dapat membantu mengelakkannya daripada basi, tercemar dan rosak.

Stok bahan mentah, lauk pauk serta kuih biasanya disimpan di dalam peti sejuk (chiller) dan juga di ruang sejuk beku (freezer).

Tetapi, bagi mereka yang kerap bercuti atau meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, pastikan anda menggunakan teknik ini yang diajarkan seorang wanita.

Syiling digunakan untuk menentukan sama ada peti ais terputus bekalan elektrik atau sebaliknya.

Katanya, amalan ini penting untuk keselamatan seisi keluarga bagi mengelakkan diri daripada makan makanan tercemar dan rosak tanpa disedari.

Mudah saja, anda perlu letakkan sekeping duit syiling di atas permukaan ais yang dibekukandalam bekas, sebelum meninggalkan rumah.

Sejurus pulang ke rumah, terus periksa kedudukan syiling tersebut bagi memastikan makanan atau minuman dalam peti sejuk selamat dimakan.

Makanan dalam peti sejuk masih baik jika syiling berada pada permukaan ais.

Sekiranya syiling berada di bahagian bawah bekas ais, bermaksud bekalan elektrik terputus sewaktu ketiadaan anda di rumah.

Jika bekalan terputus dalam tempoh yang lama, biasanya makanan yang ditinggalkan akan terjejas dan tidak selamat lagi untuk dimakan atau digunakan.

Jadi, kaedah ini bermanfaat dan boleh mengelakkan daripada kejadian cirit-birit, keracunan atau sebarang penyakit tak diingini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain