suria

Biar ‘bebas’, jangan pakai coli masa tidur! Ini 10 tabiat buruk perlu elak demi jaga kesihatan

Elak lakukan tabiat buruk bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

TIDUR malam yang berkualiti adalah baik untuk kesihatan tubuh badan.

Namun, ada beberapa tabiat tidak baik biasa diamalkan golongan lelaki dan wanita ketika tidur yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang ahli farmasi menyenaraikan lima perkara yang perlu dielakkan sebelum tidur.

Bagi golongan wanita, ini lima tabiat yang perlu ditinggalkan sebelum tidur:

1. Ikat rambut

Bagi mereka yang memiliki rambut panjang, mengikat 'mahkota' ini boleh mengganggu pengaliran darah.

2. Tidak cuci mekap

Liang pori yang tersumbat boleh menyebabkan kulit menjadi rosak dan mudah ditumbuhi jerawat,

3. Tidak keringkan rambut

Bagi mereka yang gemar mandi waktu malam, pastikan rambut tidak lagi basah atau lembap.

Ia boleh menyebabkan individu sakit kepala disebabkan masuk angin.

woman use phone with eye problem on the bed at night

Penggunaan telefon sebelum tidur perlu dielakkan.

4. Pakai pakaian dalam (coli)

Memakai bra sewaktu tidur boleh mengganggu pengaliran darah.

5. Meletakkan telefon di sisi

Meletakkan telefon di sisi sewaktu tidur adalah bahaya kerana gelombang ini boleh menjejaskan kesihatan.

Begitu juga bagi golongan lelaki, ada lima tabiat yang perlu dihentikan sebelum tidur:

1. Minum kopi

Minuman berkafein boleh membuatkan badan kita menjadi aktif selama 12 jam.

Oleh itu, meminum air kopi sebelum tidur boleh menjejaskan kualiti waktu rehat ini.

17458015

Elakkan daripada melakukan aktiviti yang intensif sebelum tidur.

2. Bersenam secara intensif

Senaman boleh membuatkan jantung kita menjadi aktif hingga menyebabkan kita sukar untuk tidur.

3. Main permainan video

Aktiviti yang dilakukan sebelum tidur ini boleh menyebabkan otak kembali aktif dan menyukarkan otak untuk berehat.

4. Lupa peluk pasangan yang tidur

Perbuatan ini boleh mengganggu emosi pasangan yang terlupa untuk melakukannya.

5. Meletakkan telefon berdekatan

Sama seperti wanita, telefon yang berada di sisi juga boleh membahayakan kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain