suria

Wanita dikutuk gemuk! Orang ramai disaran jaga mulut, body shaming adalah jenayah... Pelaku boleh dipenjara

Seorang wanita dihina kerana bertubuh gempal. -Gambar hiasan

SEBAGAI pengguna media sosial yang peka dengan isu semasa, pasti anda tahu mengenai kisah body shaming yang tular baru-baru ini.

Seorang wanita berkongsi satu tangkap layar di laman X menunjukkan seorang pelayar mengutuknya dengan mengatakan dirinya berbadan gempal.

"Kenapa sesetengah budak gemuk suka busybody (menyibuk)," tulis pelayar itu.

Katanya, tindakan mengutuk itu amat memalukan dirinya apatah lagi badannya tidak ada kaitan dengan soalan diajukan sebelum itu.

Tangkap layar ciapan asal di X.

Komen 'body shaming' itu diterimanya apabila pelayar tersebut membalas pertanyaan wanita ini mengenai pemakaian wanita bertudung.

"Kenapa perempuan bertudung suka pakai skirt paras betis?" dia bertanya di laman X.

Menurut Public Health Malaysia, 'body shaming' adalah perbuatan menghina rupa fizikal seseorang menerusi platform media sosial yang memberikan kesan buruk kepada mangsa yang diejek.

Tindakan mengutuk dan memalukan seseorang akan menyebabkan mangsa mengalami tekanan dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri dan kecelaruan pemakanan.

Malah, pada tahap lebih teruk mangsa boleh dilanda kemurungan sehingga berlaku kejadian bunuh diri.

Wanita berbadan besar sering menjadi ejekan. -Gambar hiasan

Mangsa body shaming boleh mengambil tindakan undang-undang dengan melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau balai polis.

Pelaku jenayah body shaming boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Justeru, kita dinasihatkan agar sentiasa peka dengan sensitiviti orang di sekeliling bagi menghapuskan isu body shaming terus berleluasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain