suria

Doktor ajar cara masak mi segera lebih sihat, kurang memudaratkan kesihatan... Ibu-ibu boleh segera tinggalkan kaedah biasa

Dr Zubaidi mengajar cara lebih selamat untuk menyediakan mi segera.

MI segera merupakan makanan paling mudah untuk disediakan apabila perut berkeroncong minta diisi.

Namun, menurut pengamal perubatan, Dr Zubaidi Ahmad, kita boleh terkena penyakit kronik apabila terlalu kerap makan mi tersebut terutama serbuk perasanya.

Katanya, mi segera seharusnya menjadi pilihan makanan terakhir dengan penggunaan serbuk perasa dikurangkan dan kuah mi tidak dihirup.

Biasanya, mi segera dimasak dengan cara mendidihkan semua bahan di dalam periuk termasuk serbuk perasa yang tinggi kandungan MSG (monosodium glutamat) selama beberapa minit.

MSG ialah sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan seseorang itu akan ketagih makanan yang diletakkan perasa tambahan tersebut.

Mi perlu direbus untuk asingkan bahan pengawet sebelum dimasak.

Menurut Dr Zubaidi, kaedah merebus mi bersama serbuk perasa ini akan mengubah struktur molekul menjadi toksik justeru cara tersebut harus dihentikan serta merta.

Selain itu, ramai yang tidak sedar mi tersebut juga disaluti bahan pengawet yang membahayakan kesihatan manusia jika diambil secara berterusan.

Dalam hantaran yang dibuat di Facebook, Dr Zubaidi berkongsi cara yang betul untuk memasak mi segera yang kurang memudaratkan kesihatan.

Cara-cara

1. Rebus mi di dalam periuk diisi air

2. Setelah mi dimasak, tus dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet

3. Rebus air dalam periuk lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih itu dan matikan api

4. Segera masukkan serbuk perasa ketika air baru mendidih untuk membuat kuah mi

5. Sekiranya anda inginkan mi disediakan secara kering, keluarkan dan masukkan serbuk perisa dan tus.

Kaedah ini boleh digunakan untuk mi berkuah atau kering.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa mi segera adalah makanan proses dan bukanlah pilihan yang sihat.

Malah, pengambilan mi segera lebih dari tiga kali seminggu sangat membahayakan kesihatan.

Bagaimanapun, MSG tidak membunuh manusia secara mendadak, sebaliknya mengambil masa.

Selain MSG, bahan kimia sintetik lain yang menjadi racun dalam makanan kita termasuklah perasa, pewarna, penaik, penstabil, pemanis tiruan dan pengawet.

Jadi berhati-hati ketika memilih apa yang kita makan!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain