suria

Elak ambil makanan dan minuman ini sebelum makan ubat... Bahaya kalau sudah bercampur!

Kopi tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan. -Gambar hiasan The Star

SESETENGAH gabungan ubat dan makanan boleh mengakibatkan pembekuan darah atau kerosakan hati.

Adalah penting untuk membaca risalah ubat anda sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Pada masa sama, anda perlu mengetahui apa sahaja makanan yang dinasihatkan untuk tidak diambil sepanjang tempoh menjalani rawatan bersama ubat-ubatan berjadual.

Berikut adalah tiga makanan yang anda tidak boleh campurkan dengan ubat tertentu untuk mengelakkan komplikasi yang tidak menyenangkan.

limau gedang

1. Limau gedang dan statin

Statin ialah ubat yang menurunkan paras kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah atau dikenali juga sebagai 'kolesterol jahat' dalam darah anda.

Ia termasuk ubat-ubatan seperti Lipitor, Lescol, Lipostat, Crestor dan Zocor.

Anda harus mengelak daripada menikmati jus limau gedang mahupun buahnya jika telah mengambil Lipotor atau Zocor kerana ia boleh meningkatkan risiko kesan sampingan termasuk sakit otot.

Ia juga boleh menguatkan kesan sampingan beberapa ubat tekanan darah dan ubat psikiatri tertentu.

yogurt

2. Produk tenusu dan antibiotik

Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt boleh mengganggu penyerapan antibiotik tetrasiklin dan kuinolon kerana kalsium mengikat antibiotik dalam saluran pencernaan, mengurangkan penyerapan dan keberkesanannya.

Untuk mengelakkan ini, adalah lebih baik untuk mengambil antibiotik beberapa jam sebelum atau selepas anda makan produk tenusu.

Selain itu pengambilan makanan keju dan daging bersama ubat monoamine oxidase untuk kemurungan akan meningkatkan risiko kesan sampingan termasuk peningkatan tekanan darah yang teruk, sakit dada dan degupan jantung yang cepat.

Interview Mr Dennis, Barista Experience Academy on art of coffee for Yummy 18/7/2023/S.S.Kanesan/ The Star.

3. Kopi dan anti-psikotik

Ubat anti-psikotik boleh membantu merawat orang yang mengalami skizofrenia, gangguan bipolar dan gangguan kemurungan utama.

Bagaimanapun, jika mengambilnya dengan kafein dalam bentuk teh atau kopi boleh membuat badan anda kurang menyerap ubat-ubatan ini berbanding jika anda mengambilnya dengan air kosong.

Study Finds juga mendapati kafein boleh meningkatkan kesan sampingan beberapa ubat anti-psikotik dan ADHD, yang membawa kepada peningkatan kadar jantung dan tekanan darah. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain