suria

Jangan tunjuk sifat suka marah-marah depan anak, bimbang jadi ikutan... Ini 5 tip mudah supaya baran tidak ‘diwarisi’

Anak mudah mengikut tingkah laku ibu dan ayahnya di rumah. -Gambar hiasan The Star

MARAH adalah emosi semulajadi yang terdapat dalam diri manusia dan ia boleh berlaku atas beberapa faktor luaran termasuk berasa terancam.

Namun, masalah yang sering dialami segelintir individu adalah kesukaran untuk mengawal kemarahan sehingga bertindak menyakiti orang lain mahupun diri sendiri.

Lebih membimbangkan apabila sikap tersebut ‘diwarisi’ anak-anak.

Bagi anda yang mempunyai masalah baran, bolehlah mencuba lima langkah daripada Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Rozanizam Zakaria, sekali gus mencegah anak-anak daripada mengikutinya.

Ibu bapa perlu mengawal emosi apabila berada di hadapan anak-anak. -Gambar hiasan The Star

Anak-anak perlu diajar supaya tidak melepaskan kemarahan pada orang lain. -Gambar hiasan The Star

1. Tunjuk contoh yang baik dalam uruskan kemarahan

Anak-anak akan meniru tingkah laku kedua-dua orang tuanya kerana menganggap mereka sebagai role model selain mudah terpengaruh dengan persekitaran.

Oleh itu, dengan menunjukkan cara anda menangani rasa marah dapat membantu mereka mengetahui teknik untuk menguruskan perasaan negatif tersebut.

2. Beri ruang untuk anak buat luahan perasaan

Ajak anak berbual, mendengar dan cuba melihat daripada perspekstif anak-anak tentang apa yang berlaku.

Validate perasaan anak sekalipun tak bersetuju dengan apa yang berlaku. Cukup dengan mengesahkan emosi itu “ayah tahu kamu betul-betul marah" atau "patutlah kamu marah sangat...".

Anak-anak perlu diajar supaya tidak melepaskan kemarahan pada orang lain. -Gambar hiasan The Star

Ibu bapa perlu mengawal emosi apabila berada di hadapan anak-anak. -Gambar hiasan The Star

3. Ajar anak beza emosi dan tingkah laku

Marah itu emosi yang semua orang ada, tapi tingkahlaku yang terbit dari marah itu perlu diurus. Contohnya, anak boleh marah tetapi jangan mencampakkan barang atau pukul adik.

4. Jangan menyerah kalah hanya sebab anak marah

Jika tidak, anak akan gunakan marah sebagai jalan untuk dapatkan sesuatu kerana terbiasa dengan sikap dominan berkenaan.

5. Ajar anak boundary

Anak-anak perlu tahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila marah.

Dengan cara ini, mereka akan mengetahui dengan mudah cara untuk mengawal kemarahan dengan lebih efektif.

Ajarkan juga teknik take five, step away, walk away, talk away atau bantu memberi pilihan jika dia tidak dapat membuat pilihan dengan baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain