suria

Bukan untuk masak lauk je, rupanya ada banyak khasiat kunyit dalam kesihatan badan... Legakan sembelit pun boleh!

Kunyit bersama jaggery membantu meningkatkan imun sistem badan. -Gambar hiasan The Star

JAMU yang diperbuat daripada kunyit sememangnya popular dalam kalangan masyarakat dahulu terutama golongan wanita.

Sehingga kini, ramai yang mengamalkan pengambilan air yang dicampur dengan kunyit terutamanya untuk tujuan kesihatan diri dan kecantikan dalaman.

Tidak kurang juga yang menjadikan bahan herba ini sebagai salah satu hidangan wajib dalam diet mereka bagi menguatkan sistem pertahanan badan.

Tambahan pula, wabak Covid-19 dilaporkan kembali meningkat pada masa ini.

Menurut Ayurveda, memulakan hari dengan kunyit mentah dan jaggery (gula merah) boleh membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan metabolisme, mengurangkan keradangan dan membantu dalam kesejahteraan keseluruhan tubuh.

Gabungan jaggery dan kunyit dapat membantu mengatasi masalah keradangan dalam tubuh. -Gambar hiasan

Gabungan jaggery dan kunyit dapat membantu mengatasi masalah keradangan. -Gambar hiasan

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda disarankan memasukkan kunyit mentah dan jaggery ke dalam menu harian anda.

1. Anti radang

Kunyit terkenal dengan sifat anti-radang yang kuat kerana kehadiran curcumin.

Keradangan kronik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan dan kunyit boleh membantu dalam mengurangkannya.

2. Isu penghadaman

Gabungan kunyit dan jaggery merangsang pengeluaran enzim yang boleh meningkatkan proses pencernaan.

Jaggery dipercayai dapat merangsang pergerakan usus dan melegakan sembelit.

Oleh itu, gabungan kedua-dua bahan ini boleh menyokong kesihatan pencernaan secara keseluruhan dan meningkatkan metabolisme.

Masalah sembelit juga dapat diatasi. -Gambar hiasan

Masalah sembelit juga dapat diatasi. -Gambar hiasan

3. Ejen detoks

Kunyit dianggap mempunyai sifat detoksifikasi yang menyokong fungsi hati manakala jaggery pula dipercayai membantu dalam membersihkan badan dengan membuang toksin.

Gabungan kunyit mentah dan jaggery dianggap menggalakkan proses detoksifikasi semula jadi dalam badan.

4. Meningkatkan imuniti

Kunyit terkenal dengan sifat imunomodulatornya, yang bermaksud ia boleh membantu mengawal dan menyokong sistem imun.

Jaggery adalah sumber pelbagai mineral dan vitamin yang boleh menyumbang kepada kesihatan imun secara keseluruhan.

Mengambilnya bersama-sama boleh membantu menguatkan mekanisme pertahanan badan. - Times of India

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain