WAJAH licin tiba-tiba ditumbuhi bulu pastinya merosakkan mood para wanita. Lebih membimbangkan apabila jumlahnya lebih banyak dan tumbuh di bahagian dagu mahupun bibir atas persis seorang lelaki berjambang. Sesetengah wanita pula mengalaminya di seluruh tubuh termasuk leher dan puting payudara. Menurut pengarah perubatan di The Lowdown Dr Fran Yaett, kaedah mencabut tidak akan menghentikan penumbuhan bulu tersebut. Harnaam Kaur menerima pengiktirafan Guiness World Record Kids kerana mempunyai jambang. Katanya, ia merupakan petanda bahawa tubuh anda mengalami masalah kesihatan. "Bulu yang tumbuh secara tiba-tiba dan di lokasi yang tidak sepatutnya kadang-kadang merupakan tanda ketidakseimbangan hormon di mana anda mempunyai terlalu banyak androgen dalam aliran darah," katanya. Berikut adalah beberapa keadaan yang boleh menjadi punca berlakunya situasi tersebut. 1. Sindrom ovari polikistik (PCOS) PCOS adalah keadaan biasa yang mempengaruhi cara ovari wanita berfungsi. "Ia adalah sebab yang paling biasa untuk pertumbuhan ‘rambut’ yang berlebihan," kata Dr Fran. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan gosok badan dengan ‘flannel strap’, guna tangan je! Ini panduan mandi supaya kulit bersih dan mulus Malah ia juga boleh menyebabkan haid tidak teratur, penambahan berat badan, jerawat, rambut menipis dan keguguran rambut dari kepala, serta kesukaran untuk hamil. Wanita dengan PCOS cenderung mempunyai tahap hormon androgen yang tinggi dalam badan mereka, sekali gus menyebabkan beberapa bulu tambahan tumbuh di muka atau badan. Penghidap Sindrom Cushing akan mempunyai bonggol kerbau di leher. -Gambar IDN Medis 2. Sindrom Cushing Sindrom ini adalah keadaan yang jarang berlaku dan disebabkan terlalu banyak hormon yang dipanggil kortisol dalam badan. Kebanyakannya adalah kesan daripada pengambilan ubat steroid, terutamanya tablet steroid, untuk masa yang lama. "Ia memberi kesan kepada sistem hormon, menyebabkan tahap hormon yang sangat tinggi dipanggil ACTH, seterusnya menyebabkan tahap androgen dan pertumbuhan rambut yang tinggi," jelas Dr Fran. Orang yang mengalami keadaan ini biasanya dibiarkan dengan peningkatan lemak di dada dan perut tetapi lengan dan kakinya langsing. Mereka juga boleh mempunyai timbunan lemak di belakang leher dan bahu, yang dikenali sebagai ‘bonggol kerbau’ serta muka yang merah dan bengkak. Obesiti adalah melalui peningkatan hormon androgenik. -Gambar hiasan The Star 3. Obesiti Menjadi gemuk, atau berat badan berlebihan, juga boleh menjadi pencetus pertumbuhan rambut yang tidak diingini. "(Berat tambahan) adalah melalui peningkatan hormon androgenik," kata Dr Fran. Kelas berat perubatan orang biasanya ditakrifkan menggunakan indeks jisim badan (BMI), diukur dengan mengambil kira ketinggian dan berat badan. 4. Ubat-ubatan Sesetengah ubat boleh menyebabkan pertumbuhan rambut. Ini termasuk testosteron atau danazol yang digunakan untuk merawat endometriosis. Jika bimbang tentang preskripsi anda sendiri, bercakap dengan profesional penjagaan kesihatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube