MASALAH dagu berlapis atau 'double chin' sememangnya meresahkan sesiapa sahaja, baik wanita mahupun lelaki. Situasi ini lazimnya adalah antara kesan fizikal apabila seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan serta melalui proses penuaan. Bagi segelintir individu, mereka sanggup melabur sejumlah wang untuk melakukan pembedahan membuang lapisan lemak asalkan mendapat wajah runcing ataupun bujur sireh. ARTIKEL BERKAITAN: Anda malu ada dagu berlapis? Cuba belajar 5 teknik solekan ini ARTIKEL BERKAITAN: 'Double chin' tidak hanya 'menumpang' bawah leher si gempal, ini sebenarnya punca dagu berlapis! Tapi tahukah anda, tanpa melakukan pembedahan plastik pun, lapisan lemak pada bawah dagu boleh dihilangkan dengan cara melakukan teknik senaman. Tidak perlu membazir wang, hanya cuba praktikkan dengan konsisten tujuh teknik senaman yang disarankan sebagaimana perkongsian di laman Times of India: 1) Senaman bola tenis Letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu, kemudian kendurkan. Ulangi sebanyak 25 hingga 30 kali. 2) Senaman lidah Pandang lurus ke hadapan, gulung dan keluarkan lidah anda sepanjang yang boleh. Ulangi gerakan yang sama ke atas, iaitu memanjangkan lidah ke arah hidung. Bertahan selama 10 hingga 15 saat. Tarik nafas dan ulangi senaman ini beberapa kali. Mengunyah gula-gula getah adalah teknik senaman wajah paling mudah. 3) Mengunyah gula-gula getah Apabila anda mengunyah gula-gula getah berulang kali, anda melatih otot muka dan dagu anda dalam gerakan berulang dan mengelakkan lemak tambahan. Ia juga menaikkan dagu dan menguatkan otot rahang. 4) Senaman sebutan 'oo-ee' Teknik yang paling mudah. Senaman ini memerlukan anda membuat bunyi 'oo-ee' dengan pergerakan muka yang berlebihan. Membuat bunyi ini membantu anda menyasarkan otot di antara bibir atas dan hidung serta bibir. 5) Menguap Ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Teknik urutan wajah. -Gambar Azlina Abdullah 6) Urutan Cara urutan, mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah. Mengukir senyuman juga salah satu teknik senaman wajah. 7) Senyuman lebar Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube