SALAH satu buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia adalah anggur. Di sebalik rasanya yang manis dan sedikit masam, anggur juga sejenis buah-buahan yang baik untuk kesihatan, berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan. Memetik portal Hellodoktor, anggur dipercayai sebagai buah yang membekalkan nutrien dan antioksidan serta resveratrol phytonutrient yang baik untuk kesihatan jantung. Bagaimanapun, majoriti dalam kalangan kita dipercayai lebih menggemari anggur tanpa biji, sehinggakan gigih membeli anggur seedless dengan banyak meskipun harganya sedikit mahal berbanding yang mempunyai biji. ARTIKEL BERKAITAN: Kalau sukar ‘membuang’, 5 buah ini cukup baik selesaikan masalah sembelit anda Tahukah anda, memakan anggur yang mempunyai biji sebenarnya lebih berkhasiat berbanding anggur seedless? Salah satu khasiat biji anggur dipercayai dapat mengurangkan masalah pigmentasi kulit. -Gambar hiasan The Star Ini kerana biji anggur adalah sumber fitokimia seperti asid Gallic, catechin, dan epicatechin yang kaya dengan antioksida. Berikut merupakan khasiat biji anggur, sebagaimana perkongsian oleh bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI, Dr Suri Roowi: 1) Kajian menunjukkan ekstrak biji anggur membantu turunkan darah tinggi, bantu aliran darah, tegangkan kulit, lambatkan nyanyuk, bantu masalah buah pinggang, anti-diabetis, anti-kolesterol, anti-tumor dan membantu kurangkan risiko kanser. 2) Kajian yang dilakukan oleh saintis Jepun mendapati meminum ekstrak biji anggur boleh mengurangkan pigmentasi kulit dalam masa satu tahun. Biji anggur juga dipercayai mampu melambatkan nyanyuk (dementia). -Gambar hiasan The Star 3) Kajian oleh saintis lain dalam tahun 2012 juga mendapati ekstrak biji anggur boleh mengurangkan pigmentasi kulit (dengan merencat enzim tyrosinase), lebih tinggi berbanding ekstrak kulit anggur. 4) Memandangkan struktur kimianya agak besar, ekstrak biji anggur sebaiknya diminum bersama madu dan sumber tinggi fiber agar pemecahan dan penyerapan bahan berkhasiat jadi lebih mudah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube