ANAK-ANAK ibarat kain putih, di mana ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Penting untuk ibu bapa menerapkan didikan yang mencakupi pelbagai aspek sesuai dengan perkembangan usia anak-anak, antaranya didikan agama, moral, akhlak, dan sebagainya. Di samping itu, satu lagi aspek yang perlu dititikberatkan adalah pendidikan seksual. Tidak dinafikan, pendidikan seksual masih dianggap sebagai tabu dan segelintir ibu bapa agak canggung untuk membicarakannya secara terbuka dengan anak-anak yang masih kecil. Dalam konteks ini, apa yang perlu diketahui oleh para ibu bapa adalah menerapkan pendidikan seksual menurut kerangka yang dianjurkan Islam. Ia bersifat lebih menyeluruh dengan menekankan kewajipan menjaga kehormatan diri, adab dan tingkah laku sebagaimana yang digariskan dalam al-Quran dan hadis. Mungkin ramai tertanya-tanya, bilakah usia ideal untuk menerapkan pendidikan seksual terhadap anak-anak. Pendidikan seksual perlu diterapkan sejak anak-anak masih kecil. -Gambar hiasan The Star Seorang personaliti media sosial yang banyak berkongsi ilmu parenting, Wan Nur Syakira menjelaskan, anak-anak sudah boleh didedahkan seawal usia dua tahun, bahkan lebih awal adalah lebih bagus. ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa penting ibu bapa ajar pendidikan seks kepada anak? Tak tahu bagaimana mahu bermula? Jangan khuatir, ibu bapa boleh mulakan dengan lapan didikan mudah ini untuk si kecil: 1) Apabila bawa anak ke tandas atau bilik mandi, latih mereka untuk menutup pintu. Pesan kepada anak, ketika sedang mandi atau membuang air, pintu tandas perlu ditutup. Langkah ini untuk mendidik perasaan malu. 2) Latih anak untuk memakai pakaian di bilik, bukan di ruang tamu atau ruang terbuka. 3) Latih anak memakai tuala setiap kali keluar dari tandas, bukan berbogel. Ibu bapa bantu untuk pakaikan tuala sambil berpesan, 'apabila habis mandi, pakai kain tuala dulu ya, nanti malu orang tengok zakar dan faraj'. 4) Latih anak untuk mengetuk pintu bilik sebelum masuk. 5) Guna istilah tepat untuk kenalkan kemaluan iaitu zakar, penis, faraj dan vagina. Contohnya ketika mengajar anak-anak mengenal anggota tubuh. Pendidikan seksual masih dianggap sebagai tabu dan segelintir ibu bapa agak canggung untuk membicarakannya secara terbuka. -Gambar hiasan The Star 6) Ajar anak alihkan pandangan apabila ternampak orang tidak memakai baju. Biasakan daripada kecil sambil terangkan jangan buka baju dan seluar di khalayak ramai supaya anak tidak melihat ia benda biasa. 7) Sentiasa berpesan kepada anak bahawa tiada sesiapa boleh menyentuh private part mereka sama ada untuk tujuan bermain atau bergurau. Apabila sudah lulus toilet training dan sudah diajar membasuh sendiri kemaluan, ibu dan bapa pun tidak boleh sentuh melainkan ada keperluan. 8) Biasakan mandi dengan memakai seluar atau kain basahan, jika mandi bersama adik-beradik. Masuk usia empat atau lima tahun, ajar anak mandi sendiri di bilik air dengan pantauan dan bimbingan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube