suria

Sudah lama teringin anak kembar? Amalkan 6 jenis makanan ini, ada rezeki pasti ‘melekat’

Anak kembar adalah anugerah terindah untuk pasangan suami isteri. -Gambar hiasan/The Star

SERONOKNYA jika memiliki cahaya mata kembar!

Golongan ibulah yang paling teruja kerana dapat menggayakan anak kembar dengan pakaian serta aksesori sedondon.

Namun begitu, setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai bayi kembar.

Selain dikaitkan dengan risiko ketika kehamilan dan proses melahirkan, ada yang membangkitkan isu kos dan kesukaran untuk membesarkan bayi kembar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuba minum air buah zuriat, bulan kedua terus hamil! Cara merebus kena betul, langkah nombor 6 ini ramai tak buat

Walaubagaimanapun, ramai pasangan memasang keinginan untuk memiliki cahaya mata kembar sebagai penyeri keluarga.

Bagi pasangan yang tiada genetik kembar, mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakan kaedah untuk mendapatkan cahaya mata kembar selain daripada persenyawaan in-vitro (IVF).

Berikut adalah 7 tip daripada segi pemakanan yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata kembar:

1) Asid Folik

Amalkan pengambilan asid folik sebulan sebelum mula melakukan hubungan intim secara aktif bagi mendapatkan anak.

Retro Recipe shoot for Kuali. — LOW LAY PHON/The Star

Wanita yang mengamalkan diet tinggi dengan keladi atau ubi keledek berpeluang untuk melahirkan bayi kembar. -Gambar hiasan The Star/Low Lay Phon

2) Makan tiram

Galakkan pasangan anda untuk makan tiram, kerana ia dipercayai sebagai sumber afrodisiak mengikut mitos urban. Tetapi dakwaan ini ada asasnya kerana tiram mengandungi zink yang tinggi, sesuai untuk penghasilan sperma. Jika ingin mengambil zink tambahan dalam bentuk pil, jumlah yang perlu diambil dalam tempoh subur ialah sebanyak 14mg/sehari.

3) Banyakkan makan ubi dan keladi

Terdapat fakta mengatakan komponen kimia di dalam keladi menyokong fungsi ovari, dan wanita yang mengamalkan diet tinggi dengan keladi atau ubi keledek berpeluang untuk melahirkan bayi kembar.

4) Makanan tinggi zat besi

Makanan yang tinggi dengan zat besi boleh diperoleh daripada sayuran berdaun hijau dan bijirin.

Sumber makanan yang kaya dengan zat besi mempu merangsang pengeluaran sperma, sekali gus meningkatkan peluang untuk mempunyai kehamilan kembar.

ILLUSTRATION - Compared to cow's milk, sheep's and goat's milk are easier to digest as they contain different levels of fat. Photo: Zacharie Scheurer/dpa

Susu lembu atau kambing juga merupakan salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan oleh isteri. -Gambar hiasan/ DPA

5) Mengambil susu

Isteri boleh mengambil susu lembu atau susu kambing kerana susu mengandungi hormon tumbesaran yang boleh membuatkan kilang telur giat menghasilkan lebih daripada satu telur matang

6) Makan buah nanas

Bahagian buah nanas yang dikenali sebagai empulur (di tengah), tinggi dengan kandungan bromelain, iaitu sejenis protein yang dipercayai dapat membuatkan kilang telur wanita giat menghasilkan telur matang

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain