suria

Jangan pandang rendah ikan ‘frozen’ walaupun lebih murah... Rupanya tinggi khasiat berbanding yang fresh!

Ikan frozen melalui proses pembekuan kilas, yang mana ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya. -Gambar hiasan/The Star

JIKA berkunjung ke pasar untuk membeli barang dapur, sudah semestinya kita memilih bahan yang segar.

Tambahan pula apabila melihat ikan-ikan yang tersusun cantik, insang berwarna merah pekat dengan matanya masih bersinar-sinar, cepat saja kita sambar.

Namun satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu adalah ikan frozen sebenarnya lebih tinggi kesegarannya berbanding ikan segar itu sendiri.

Tidak dinafikan, sesetengah daripada kita 'memandang rendah' dengan lauk basah yang dibekukan terutamanya ikan frozen kerana menganggap ia tidak sesegar ikan yang fresh.

ARTIKEL BERKAITAN: Penderita resdung kena beringat kalau nak makan ikan tongkol... Pulas dulu ekor, buang bisa sebelum masak

Tambahan pula harganya boleh dikatakan lebih murah berbanding ikan segar.

Kalau nak tahu, berikut adalah perbezaan antara ikan segar dengan ikan frozen:

1. Kandungan nutrien

Pembeli cenderung memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan beku kerana memikirkan ia lebih berkhasiat namun ini tidak semestinya benar.

Walaupun mungkin sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit.

Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dalam masa beberapa jam selepas keluar dari air, yang membolehkan ikan tersebut mengekalkan seberapa banyak nutrien seperti ikan segar.

Oh Puey Ping, 28 helping her family selling fresh fish at Taman Sahabat morning market in Teluk Kumbar Penang. ( October 28,2022 ).  —ZHAFARAN NASIB/The Star

Ikan segar mempunyai jangka masa yang lebih kecil untuk disimpan tanpa rosak berbanding dengan ikan beku. -Gambar hiasan/The Star

2. Proses beku kilas

Proses pembekuan kilas bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya.

Ini dicapai dengan membekukan ikan tersebut pada suhu rendah untuk mengelakkan pembentukan kristal ais supaya kualitinya dapat dikekalkan.

Ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang hebat.

Meminimumkan masa antara penangkapan dan pembekuan, menghalang kemerosotan kualiti yang secara semula jadi bermula ketika makanan laut terdedah kepada udara.

3. Jangka masa kesegaran

Ikan yang fresh pula, mempunyai jangka masa yang lebih kecil untuk disimpan tanpa rosak berbanding dengan ikan beku.

Ramai antara kita yang membeli ikan segar tetapi tidak memasaknya pada hari yang sama ketika dibeli, lalu menyimpankan dalam peti sejuk beku.

Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan frozen yang dibeku kilas.

Ini kerana tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah sendiri jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain