suria

Ibu bapa perlu buat sesuatu jika anak obses dinosaur, tahap intelektual mereka ‘advance’ berbanding rakan sebaya - Pakar

Kanak-kanak yang meminati dinosaur mempunyai daya ingatan yang tinggi. -Gambar hiasan

SEMUA kanak-kanak suka bermain dan gemar meneroka sesuatu perkara ketika sedang membesar.

Perkara ini sewajarnya diambil perhatian oleh para ibu bapa untuk meneliti kecenderungan atau minat anak masing-masing.

Tahukah anda, minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara sebenarnya menggambarkan personaliti mereka?

Pakar Psikiatri Kanak-kanak di John Hopkins University, Kelli Chen berkata, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam (intense interest) terhadap sesuatu objek, akan memiliki kebijaksanaan 'above average' atau kebijaksanaan lebih dari tahap biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sensitif, suka dinosaur... pakar senarai 5 personaliti si kecil, anak anda yang mana satu?

Menurut pakar, kanak-kanak yang meminati dinosaur cenderung menjadi lebih bijak.

Ini kerana minat kanak-kanak yang mudah tertarik kepada dinosaur tidak berlaku secara kebetulan.

Menariknya, menurut pakar, kanak-kanak yang mempunyai minat mendalam terhadap makhluk prasejarah ini mungkin mengalami faedah jangka panjang.

Dalam kajian penyelidikan, didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai keghairahan yang kuat seperti mereka yang sangat terpesona dengan dinosaur, mempamerkan pengetahuan dan ketekunan yang tinggi, mempuanyai daya perhatian yang lebih baik dan kemahiran pemprosesan maklumat yang lebih mendalam.

Kanak-kanak ini didapati lebih 'advance' dari segi intelek berbanding rakan mereka yang sebaya, terutamanya dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun.

The kids were in awe with the dinosaur fossils at the China Science and Technology Museum.

Menurut pakar, mengetahui nama-nama dinosaur merupakan masteri atau kepakaran yang sangat membanggakan bagi kanak-kanak. -Gambar The Star

Selain itu, cara kanak-kanak mengkaji dinosaur membantu mereka membangunkan strategi untuk menangani masalah sepanjang hidup mereka, jauh lebih baik daripada mereka yang tidak melakukannya.

Menurut Paleontologis ataupun pakar pengkaji fosil, Kenneth Lacovara, mengetahui nama-nama dinosaur merupakan masteri atau kepakaran yang sangat membanggakan bagi kanak-kanak.

Kepakaran yang mereka miliki itu tidak dimiliki oleh ibu bapa mereka.

Inilah antara sebab yang mendorong kanak-kanak untuk menggali lebih maklumat tentang dinosaur dengan bermain, menyoal, menyiasat, meneroka dan membaca.

Walau bagaimanapun, didapati minat yang mendalam terhadap dinosaur ini hanya 'panas' selama 6 bulan hingga 3 tahun sahaja.

Salah satu sebab utama minat ini berkurangan adalah kerana kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan.

Mereka perlu beri tumpuan kepada banyak lagi subjek dan penekanan tidak diberikan kepada dinosaur.

Justeru, seorang pakar konsultasi keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar mencadangkan, jika ada di antara anak anda yang terus meminati dinosaur walaupun sudah bersekolah, kajilah laluan untuk menjadi seorang paleontologis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain