suria

Air daun durian belanda bantu rawat sakit pinggang, diabetes! Ini cara merebus untuk keberkesanan maksimum

Air daun durian belanda mempunyai pelbagai khasiat untuk mencegah pelbagai penyakit. -Gambar hiasan

DURIAN belanda merupakan salah satu buah tropika yang mengandungi banyak nutrisi dan khasiat.

Buah ini adalah sumber vitamin C yang sangat bagus di mana sebiji buahnya sahaja mampu memenuhi keperluan harian manusia yang memerlukan sejumlah 60 miligram vitamin C untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.

Pengambilan vitamin C yang cukup mampu meningkatkan sistem pertahanan badan untuk berlindung daripada ancaman virus dan bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: Oat dikatakan mampu rawat ekzema anak! Ada 2 cara, melalui mandian atau bedak sejuk... Boleh buat sendiri je

Namun jangan tak tahu, khasiat durian belanda bukan hanya terletak pada buahnya sahaja, tetapi daunnya juga mempunyai pelbagai manfaat untuk menjadi penawar beberapa penyakit.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Leha Yusuf berkongsi petua dan khasiat daun durian belanda di laman Facebook untuk panduan bersama:

1) Mencegah dan mengubati kanser

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua, kemudian rebus dengan tiga gelas air bersih. Tunggu sehingga mendidih, biarkan ia berkurang sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang dimasak tadi sebanyak dua kali sehari. Amalkan secara berterusan selama dua minggu atau sehingga kanser semakin sembuh.

diabetes 1

Salah satu khasiat daun durian belanda adalah mengatasi penyakit diabetes. -Gambar hiasan

2) Merawat sakit pinggang

Ambil 20 helai daun durian belanda, kemudian rebus dengan sukatan lima gelas air. Tunggu sehingga mendidih, biarkan ia berkurang sehingga menjadi sekitar tiga gelas air sahaja. Setelah itu, minumlah tiga per empat gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.

3) Menguatkan sistem imun

Ambil lima helai daun durian belanda, kemudia rebus dengan sukatan empat gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi satu gelas. Amalkan minum sekali dalam sehari.

4) Mengatasi penyakit diabetis

Ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan sukatan empat gelas air. Masak sehingga menjadi segelas air sahaja. Minumlah air rebusan tadi sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

sembelit

Air rebusan daun tersebut juga mampu mengatasi sembelit atau buasir. -Gambar hiasan

5) Menurunkan tekanan darah tinggi

Hipertnesi atau darah tinggi merupakan salah satu faktor yang mengundang penyakit strok. Penyakit strok adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang. Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah.

6) Mengatasi buasir atau sembelit

Ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan tiga gelas air, didihkan sehingga menjadi segelas air sahaja. Setelah air suam, amalkan minum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7) Mengubati sakit urat atau saraf

Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan dua gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi segelas. Amalkan minum dua kali sehari, pagi dan petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain