suria

TikToker nyaris maut makan belalang, ulat sutera goreng! Adakah serangga eksotik ini selamat dimakan?

TikToker ini mengalami keracunan selepas makan serangga yang dibeli di Bangkok. -Gambar TikTok

SEMEMANGNYA terdapat banyak makanan yang pelik di dunia ini, termasuklah haiwan eksotik.

Bagi sesetengah kelompok atau etnik, mungkin ada di antara haiwan eksotik tersebut sudah biasa menjadi santapan mereka.

Kini hidangan berasaskan haiwan eksotik juga senang didapati lantaran ia dijual secara terbuka di pasar-pasar khususnya di luar negara.

Bagaimanapun bagi yang kurang biasa menjamahnya, dikhuatiri ia mengundang mudarat kepada kesihatan sebagaimana yang dialami oleh seorang TikToker dari Singapura, Nicolette Wee.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tengok kamitetep? Serangga suka melekat pada dinding ini beracun... Bukan hanya bahaya pada kulit tapi juga fabrik!

Disebabkan teruja, wanita tersebut membeli sebungkus belalang goreng dan satu bekas ulat sutera ketika berkunjung ke pasar malam di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Namun wanita tersebut nyaris maut selepas mengalami cirit-birit akibat keracunan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital di Bangkok untuk mendapatkan rawatan.

belalang 1

Ulat sutera dan belalang yang dibeli wanita ini di pasar malam.

Video TikToker itu yang mengisahkan pengalaman pahitnya semasa kunjungan ke Bangkok hingga kini menerima hampir 300,000 jumlah tontonan.

Justeru timbul persoalan, apakah belalang bahaya untuk dimakan?

Memetik portal Hellodoktor, belalang mempunyai pelbagai khasiat antaranya membantu menguatkan sistem imunisasi, membantu merawat buasir, merawat anemia, menurunkan kadar kolesterol dan sebagainya.

Ia selamat untuk dijamah selagi disediakan dan dimasak dengan betul serta bersih.

Sementara itu menerusi laporan portal Halosehat.com pula, sama ada makan belalang memberi kesan buruk kepada tubuh manusia atau tidak, ia bergantung kepada sistem imun setiap individu dan bagaimana belalang itu diproses.

belalang 2

Aneka serangga serta haiwan eksotik yang dijual di pasar malam tersebut.

Kaedah dan keadaan pemprosesan yang tidak sesuai mungkin mencetuskan kemudaratan kepada tubuh antaranya jangkitan cacing parasit akibat penyediaan yang tidak bersih, alergi kulit dan keracunan.

Sebagai maklumat tambahan, portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, hukum makan belalang secara umumnya adalah harus, dan ia disebut dalam banyak hadis.

Sementara itu, portal Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan, ulat sutera atau ulat sagu kedua-duanya adalah dilarang makan, kerana ia adalah haiwan yang menjijikkan (khabith).

Kesimpulannya, apa jua makanan yang ingin dijamah sewajarnya dipastikan ia halal, selamat dan bersih.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan