SALAH satu masalah yang sering dihadapi oleh anak kecil adalah ekzema. Tidak sanggup rasanya apabila melihat si manja menangis dan merengek disebabkan menderita masalah ini, lebih-lebih lagi sehingga tahap kulit berdarah dan berparut. Disebabkan itu, ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit untuk membeli pelbagai jenis produk bagi merawat ekzema bayi mereka. Bagi ibu bapa yang sedang berdepan dengan situasi ini, apa kata anda cuba petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Mastura Rashid ini. Mastura berkongsi cara termudah dan termurah meredakan masalah ekzema dengan hanya menggunakan bahan dapur sahaja! Cara pertama: Mandian oat Bahan-Bahan: 1 cawan oat Kain lampin bayi atau stoking bersih Air suam diisi separuh dalam besen mandian bayi Cara-caranya: 1. Masukkan oat ke dalam kain dan ikat seperti bentuk bunjut. Boleh juga guna stoking dan ikat jadikan seperti bunjut. 2. Rendam bunjut oat di dalam besen mandian selama 15 minit. Biarkan sehingga air bertukar warna seperti susu sepenuhnya. 3. Rendam bayi di dalam besen mandian selama 10 minit. 3. Ratakan air oat tadi ke seluruh badan termasuk kepalanya. Cukup masa, keluarkan bayi tanpa perlu dibilas, dan keringkan saja seperti biasa. 4. Kalau ada minyak kelapa dara, sapu minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mampu menyejukkan kulit dan buatkan kulit cepat sembuh dari luka dan kuping-kuping luka. Masalah ekzema yang teruk boleh menyebabkan kulit bayi luka. -Gambar hiasan ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar masalah kulit, penderita ekzema disaran guna 3 tindakan asas ACT untuk kelegaan Cara kedua: Bedak sejuk oat Bahan-Bahan: 1 cawan oat (kisar halus) 1/4 cawan susu segar 2 sudu besar madu asli (bukan madu dibeli di pasar raya) Cara-caranya: 1. Gaulkan kesemua bahan dan jadikan bancuhan likat. Boleh tambah madu untuk melikatkan lagi bancuhan supaya melekat pada kulit. 2. Sapu je ke seluruh badan bayi. Biarkan kering dalam 15 minit. 3. Gosok dengan kain sampai jatuh berderai. Campuran oat kisar, susu dengan madu dijadikan bedak sejuk untuk disapu pada kulit yang mengalami ekzema. -Gambar hiasan Sebagai maklumat tambahan, madu adalah antara remedi terbaik untuk merawat dan melegakan keradangan kulit individu penghidap ekzema. Bukan saja boleh melegakan kegatalan, malah ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka akibat menggaru. Kesannya, kulit jadi kurang berparut dan saiz parut juga mengecil. Selain itu, madu juga menjadikan kulit sentiasa lembab. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube