suria

Ketahui kenapa tangan kebas selepas bangun tidur... Hati-hati, salah satu puncanya mungkin petanda diabetes

Kebas ketika bangun tidur biasanya berlaku ketika bahagian tubuh tersebut tertindih ketika tidur. -Gambar hiasan

PASTI ramai dalam kalangan kita sering kali berdepan dengan situasi di mana tangan menjadi kebas atau kesemutan selepas terjaga daripada tidur.

Kebas atau kesemutan ketika bangun tidur biasanya berlaku ketika bahagian tubuh tersebut tertindih ketika tidur.

Memetik portal Hellodoktor, terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya situasi tersebut iaitu:

1) Posisi tidur yang tidak ideal

- Salah satu contoh posisi yang tidak bagus ketika tidur adalah dengan meletakkan tangan di bawah bantal kepala. Ini kerana ia boleh menyekat salur darah dan menekan sistem saraf di dalam tangan.

2) Masalah saraf

- Kerosakan pada masalah saraf periferal atau neuropati periferal akan menyebabkan tangan dan anggota tubuh badan lain tidak dapat menerima atau menghantar isyarat dengan sistem saraf pusat.

senaman

Senaman merupakan salah satu cara mengatasi masalah kebas selepas bangun tidur. -Gambar hiasan

3) Kondisi diabetes

- Sistem saraf juga boleh mengalami kelemahan dan kerosakan angkara kencing manis lantas mengakibatkan kesakitan atau kesemutan pada anggota badan. Sebaiknya, kawal kadar gula dalam darah anda agar masalah ini tidak berlaku dan berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga-jaga, rasa kebas selepas bangun tidur mungkin petanda 5 penyakit ini

ARTIKEL BERKAITAN: Punca dan cara elak daripada rasa ditindih ketika tidur... yang pasti bukan ‘kerja’ jin!

4) Sindrom carpal tunnel

- Ia berlaku angkara pemampatan sistem saraf median pada carpal tunnel, iaitu laluan sempit yang wujud di bahagian depan pergelangan tangan lantas menyebabkan rasa kesemutan.

Tidak cuma akan terjadi ketika sedang tidur, sensasi kebas dan sakit ini juga biasa tercetus apabila penderita menggerakkan sendi-sendi di sekitar pergelangan tangan pada masa yang lain.

5) Sindrom outlet thoracic

- Merupakan gangguan angkara sistem saraf atau salur darah di sekitar leher bawah dan dada atas, mengalami keradangan atau kecederaan.

Kesannya, sindrom ini tidak hanya akan mengakibatkan kesemutan pada bahagian leher atau dada malah menjejaskan tangan, lengan dan jari dengan gejala masalah deria rasa atau sentuh.

6) Kurang vitamin B12

- Kekurangan vitamin ini juga boleh menjadi salah satu punca kebas tangan ketika tidur. Maka, anda kena ambil lebih banyak vitamin B12 selepas ini.

'Extra strength' vitamin B12 supplements don't do anything extra for you aside from producing 'expensive' urine. — dpa

Mereka yang mengalami masalah kebas disarankan mengambil vitamin B12 ataupun ubatan mengikut nasihat doktor. -Gambar hiasan/DPA

Bagaimanapun, anda boleh mencuba beberapa petua untuk menghilangkan kebas tangan ketika tidur seperti:

1) Senaman

2) Ubatan oral seperti ibuprofen atau aspirin, dan topikal seperti capsaicin atau lidocaine juga mampu mengelakkan kesemutan pada anggota badan

3) Peralatan seperti splints atau wrist guard agar dapat melindungi pergelangan tangan untuk kekal di posisi lurus dan ideal

Sekiranya masalah ini masih membelenggu hidup anda, dapatkan nasihat daripada doktor tentang prosedur pembedahan yang mungkin diperlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain