suria

Simpan ilmu waktu kecemasan! Doktor kongsi kaedah bantu individu diserang sawan, jangan letak sudu

Sawan menjurus kepada gangguan serangan elektrik yang tidak stabil dalam otak. -Gambar hiasan/The Star

SERING kali kita didedahkan dengan kepentingan mempelajari kaedah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Di samping mempelajari CPR, terdapat beberapa lagi kaedah dan teknik pertolongan cemas lain perlu kita pelajari, yang mungkin sangat berguna ketika menghadapi saat kecemasan.

Salah satunya adalah teknik dan bantuan kecemasan khusus bagi pesakit yang mengalami sawan.

Jadi bagaimana dan apa yang perlu dilakukan jika tiba-tiba orang yang berada di sekeliling kita diserang sawan?

Seorang pengamal perubatan, Dr Yazeed Hair Johari berkongsi panduan bagaimana cara untuk membantu pesakit sawan menerusi Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi cara buat CPR mangsa lemas, tip elak terkena renjatan elektrik

Menurut beliau, sawan atau juga disebut seizure/fit/epilepsi menjurus kepada gangguan serangan elektrik yang tidak stabil dalam otak.

"Ia boleh terjadi sama ada disebabkan ada faktor ransangan atau tidak.

"Epilepsi berlaku tanpa faktor ransangan. Boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan masalah dalaman otak yang disebabkan beberapa faktor organik dan genetik.

Beberapa kaedah dan teknik pertolongan cemas perlu kita pelajari yang mungkin sangat berguna ketika menghadapi saat kecemasan. -Gambar hiasan/The Star

"Fit atau seizure boleh berlaku disebabkan strok, pendarahan otak, demam yang terlalu tinggi dan sebagainya.

"Tonic seizure pula kekejangan pada otot secara konsisten," terangnya mengenai jenis sawan.

Langkah-langkah membantu mangsa sawan:

1) Jangan panik

2) Alihkan pesakit dari tempat bahaya

- Contohnya tangga, tepi kolam dan sebagainya.

3) Clear airways

- Jangan masukkan jari, sudu atau apa sahaja dalam mulut mangsa. Kita jangan sekat laluan udara untuk oksigen.

4) Letakkan pesakit dalam keadaan mengiring

- Baringkan dalam keadaan mengiring sama ada kiri atau kanan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan aspiration iaitu tercekik

5) Letakkan sesuatu yang lembut di bawah tengkuk pesakit

- Pertama untuk memperbaiki laluan udara di bahagian leher dan keduanya untuk elakkan kecederaan pada kepala.

FILED - Bystanders are often too worried about hurting or touching women to give them first aid, according to new research that has found women 28% less like to get CPR. Photo: Klaus-Dietmar Gabbert / dpa

Mangsa yang mengalami sawan lebih daripada lima minit perlu dirawat oleh petugas perubatan. -Gambar hiasan/DPA

6) Jangan berkerumun

7) Tanggalkan aksesori daripada pesakit

- Contohnya cermin mata, rantai, topi, tudung, helmet dan lain-lain lagi

8) Longgarkan pakaian

- Kalau pesakit pakai baju yang menjerut leher seperti tali leher, butang baju, kolar atau skaf

9) Jangan tinggalkan pesakit sendirian

10) Rekod masa berapa lama mangsa sawan

11) Hubungi ambulans sekiranya mangsa sawan lebih dari lima minit

12) Jika pesakit sawan kembali sedar sebelum lima minit, biarkan pesakit tadi rehat dan baring. Nanti pesakit sendiri akan bangun duduk.

13) Elakkan daripada memberi minuman dan makanan sekiranya mangsa belum sedar sepenuhnya. Ditakuti jika mangsa akan dapat serangan kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain