suria

Tak perlu aeresol lagi, ini cara DIY cecair semburan untuk hapus lipas! Lebih murah dan sihat

Lipas selaku serangga perosak harus dihapuskan. -Gambar hiasan

LIPAS merupakan serangga perosak yang sering berkeliaran di setiap sudut rumah.

Pelbagai kaedah tersedia untuk menghalau dan membunuh lipas termasuklah semburan aerosol

Namun, teknik ini mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang, malah harga dalam pasaran juga agak mahal.

Jangan risau, rupanya ada cara mudah, menjimatkan kos dan lebih sihat untuk membunuh lipas, iaitu menggunakan ramuan semburan do it yourself (DIY).

Ayuh kita lihat bagaimana langkahnya seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di laman Facebook.

Bahan-bahan:

1) Sabun basuh baju

2) Botol semburan

Langkah-langkah:

1) Masukkan sabun basuh baju ke dalam botol semburan. Kemudian campur dengan air. Letakkan botol semburan itu di tempat yang senang untuk dicapai.

2) Apabila nampak sahaja lipas, terus sembur kepadanya.

3) Air sabun ketika terkena pada lipas akan menyebabkan permukaan badannya yang berlilin pecah. Seterusnya air sabun itu akan memasuki ke dalam liang pernafasan lipas, ia kemudiannya akan mati dalam masa beberapa minit.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain