suria

Kediaman ada kucing mesti bau semacam! Ini petua neutralkan semula udara dalam rumah

Teknik untuk menghapuskan bau kucing di dalam rumah. -Gambar hiasan (kiri)

KEBIASAANNYA kediaman mereka yang membela kucing akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Namun, bau itu mungkin tidak akan disedari oleh tuan rumah kerana sudah terbiasa.

Sebaliknya, bau yang kurang enak tersebut dapat 'dikesan' oleh tetamu atau orang luar yang datang bertandang.

Jangan risau, melalui posting @qienaibrahim di laman TikTok, ada dikongsikan cara mudah untuk pemilik si bulus menghapuskan bau-bauan ini.

Bahan-bahan:

1) Batang kulit kayu manis

2) Bekas kosong

Langkah-langkah:

1) Ambil beberapa batang kulit kayu manis, kemudian masukkan ke dalam bekas.

2) Isikan dengan air, seterusnya letakkan di tempat tersorok seperti di bawah kabinet.

3) Letakkan bekas yang berisi air campuran kulit kayu manis ini di setiap penjuru rumah. Jika air di dalam bekas dilihat sudah pekat dan berbuih, boleh buat baharu.

Teknik ini akan membantu meneutralkan sebarang bau-bauan kucing yang mungkin tidak disenangi tetamu.

Selain itu, tuan rumah juga haruslan sentiasa membersihkan 'litter box' si comel, jangan biarkan ia penuh.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain