suria

Mandi di pantai Terengganu, pakar pesan tengok 3 tanda elak tragedi! Tanya orang tempatan, mereka lebih arif

Bendera merah diletakkan di pantai untuk memberi peringatan kepada pengunjung mengenai bahaya berenang apabila ombak kuat. -Gambar hiasan/The Star

SAYU membaca berita mengenai tragedi lemas yang meragut nyawa seorang lelaki selepas mangsa dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Mana tidaknya, kejadian berlaku di hadapan si isteri yang sebelum itu sedaya upaya menyelamatkan mangsa, namun berakhir dengan kegagalan.

Selepas operasi pencarian selama 30 jam dilakukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat mangsa akhirnya ditemukan terapung oleh nelayan, kira-kira 16 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

KUALA TERENGGANU 11 FEB 2016:  Local tourists spend their  leisure time at Pantai Batu Burok beach during sunny afternoonr and relatively calm wave.(STAND ALONE PIX)zabidi tusin/the star/kuala terengganu

Pengunjung beriadah di sekitar Pantai Batu Burok. -Gambar The Star

Kisah tragis berkenaan turut menarik perhatian seorang pensyarah untuk berkongsi pesanan dan nasihat sebelum beriadah di pantai, bagi mengelakkan tragedi sama daripada berulang.

Menerusi perkongsian di laman X, Dr Fitri Yusof menyenaraikan tiga pesanan untuk dijadikan panduan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kepala air: Sayu lelaki pengsan beberapa kali... Isteri, 3 anak hilang sekelip mata

ARTIKEL BERKAITAN: Suasana pilu iringi pengebumian jenazah 7 beranak tragedi kepala air

"Pertama, pantai di Terengganu kebanyakan tak landai.

"Kedua, tips orang lama... tengkujuh habis selepas Tahun Baru Cina. Tapi saya akan tunggu dua hingga empat minggu lepas tu.

"Ketiga, jika ombak bergulung, nampak buih dua tiga baris, jangan masuk (air pantai)," tulis pensyarah yang banyak berkongsi ilmu pengetahuan mengenai akuakultur, perikanan dan kelautan di media sosial.

Ciapan penyarah tersebut meraih sehingga 1,700 ulang kicau dengan rata-rata warga maya turut berkongsi beberapa panduan lain untuk peringatan bersama.

komen 1

Netizen turut berkongsi tip untuk mengelakkan tragedi lemas di pantai.

"Tiap kali nak ke pantai, especially Terengganu, saya akan tengok bendera merah dan tanya makcik kedai jual air, boleh mandi ke tak. Orang tempatan memang cakap benda yang sama. Pantai tak landai macam PD (Port Dickson).

"Masa sekolah kita belajar November hingga Mac musim angin timur laut. So tak boleh mandi belah-belah sana. Mei hingga September angin barat daya. Haih... penat cikgu ajar masa sekolah.

"Kawan dari Terengganu pernah beritahu, kalau nak tahu kawasan pantai tu selamat untuk mandi manda ialah tanya je orang local dan tengok sekeliling. Kalau tak ada orang mandi, tak selamatlah pantai tu.

"Kawan baik saya orang Terenggau. Dia pun cakap kalau pergi Pantai Mangkuk atau Batu Burok ke apa, janganlah memandai-mandai nak mandi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain