suria

Ibu bapa kena pasang telinga, segera bertindak jika dengar bunyi ‘whoop’ di hujung nafas anak... Itu simptom batuk kokol!

Batuk kokol berlaku disebabkan bakteria. -Gambar hiasan

KISAH kematian seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol di Kelantan ternyata mengejutkan ramai.

Di sebalik penularan kisah itu, nampaknya masih ramai rakyat di negara kita yang tidak begitu jelas mengenai penyakit batuk kokol.

Menurut Dr Amhad Samhan Awang, batuk kokol juga dikenali sebagai pertussis.

Ia dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit melalui hidung dan kerongkong.

"Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

dr samhan 1

Dr Ahmad Samhan berkata batuk kokol mudah berjangkit melalui hidung dan kerongkong.

"Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa," ciapnya di platform X.

Simptom batuk kokol adalah hidung berair, hidung tersumbat dengan mukus, mata merah dan berair, demam dan batuk.

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk.

Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

- Merangsang untuk muntah.

- Menyebabkan muka menjadi merah atau biru.

- Menyebabkan kepenatan melampau.

- Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

Punca

Pertussis berlaku disebabkan bakteria.

Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru anda.

Gaya hidup dan rawatan sampingan untuk mencegah batuk kokol

Minum air secukupnya. Air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda.

Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.

Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.

Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain