suria

Selalu terlupa nak keluarkan awal dari peti sejuk... Ini cara ‘defrost’ ayam, daging dalam masa 7 minit

Ayam biasanya disimpan di dalam peti sejuk beku.

DAGING lembu, ayam dan ikan biasanya disimpan di bahagian peti sejuk beku untuk mengekalkan kesegarannya.

Apabila dikeluarkan, kita perlu melakukan proses defrost bagi mencairkan ais.

Namun ramai yang merungut apabila mereka terpaksa menunggu lama untuk melembutkan bahan-bahan mentah itu.

Lebih malang, kita juga sering terlupa untuk mengeluarkan bahan-bahan itu lebih awal sebelum mula memasak.

Story on the rising food cost effective July 1, 2022. A women packing grocery items into the fridge. — FAIHAN GHNI/The Star

Ramai yang kesuntukan masa untuk memasak di bulan Ramadan. -Gambar hiasan

Menurut Anne Permata, dia mengamalkan satu petua mudah yang membolehkannya melakukan proses defrost dalam tempoh singkat.

Cara-cara:

1. Ambil air suam, tuang ke dalam bekas yang berisi ayam beku.

2. Jangan lupa masukkan garam dan cuka dalam nisbah yang sama. Contohnya, satu sudu garam dan satu sudu cuka.

3. Biarkan ia larut dan terendam selama tujuh minit.

4. Jika mahu defrost makanan laut, memadai lima minit sahaja.

Dengan cara ini, ayam, daging dan ikan anda boleh dilembutkan dalam masa tujuh minit sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain