KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai umat Islam di seluruh negara menerusi penganjuran rumah terbuka. Bagi tuan rumah, menu nasi pastinya menjadi hidangan utama menanti para tetamu yang datang bertandang. Bagaimanapun ada sesetengah tuan rumah berhadapan masalah apabila nasi yang dimasak menjadi berair dan basi dalam tempoh yang singkat. Seperti video tular, seorang pelayar TikTok Mazuan Farishman menyatakan nasi yang dimasaknya lebih cepat basi berbanding sebelum ini. Malah menerusi rakaman yang dikongsikan, dia menunjukkan seperiuk nasi yang terpaksa dibuang dan diberikan kepada ayam kerana basi. “Masak petang semalam, tapi pagi ni dah berair. Sebelum ini walaupun tak simpan dalam peti ais, tak pernah basi. Tapi sejak pakai beras import macam cepat basi pula,” ujarnya. Mazuan mencuba teknik yang dikongsikan netizen. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya yang tampil dengan petua terbaik bagi mengatasi masalah dihadapinya. Ia turut diakui berkesan oleh Mazuan selepas dia mencuba teknik yang dikongsikan. Anda yang berhadapan situasi sama, boleh mencuba langkah di bawah ini. 1. Bersihkan periuk nasi seperti biasa selepas menggunakannya. 2. Lap dan keringkan seketika. 3. Kemudian telangkupkan periuk nasi berkenaan atas dapur. 4. Gunakan api perlahan untuk panaskan periuk selama lima minit. 5. Boleh ulang langkah satu hingga tiga untuk mensterilkan apa sahaja periuk di dapur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube