suria

Periuk non-stick tercalar? Ramai bimbang terkena kanser, ini penjelasan pakar kimia

Periuk bercalar disebabkan cara pengendalian yang salah

PENGGUNAAN periuk kalis lekat atau non-stick yang menggunakan pelbagai jenis salutan (coating) menjadi kegemaran suri rumah masa kini.

Selain berwarna warni dan boleh disesuaikan dengan tema dapur, penggunaannya menjadikan masakan lebih mudah dan cepat disediakan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ramai yang mengaitkannya dengan punca kanser disebabkan bahan salutan tersebut mudah terhakis apabila digunakan secara kasar.

"Kalau coating dah tanggal macam ni, boleh pakai lagi? Ada yang kata boleh kena kanser.

"Bertahun juga dah pakai, dulu ada empat warna... sekarang dah berbelas warna," ujar netizen di laman X.

Susulan itu, ramai yang mencadangkan supaya periuk atau kuali non-stick yang telah bercalar tidak digunakan supaya toksik bahan tersebut tidak tersebar ke dalam makanan.

Menjawab persoalan tersebut, Pakar Kimia Fatimah Salim berkata, antara komponen kimia yang digunakan bagi menghasilkan selaput kalis lekat adalah plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel, silikon dan granite.

Penggunaan graniteware semakin meluas berbanding bahan kalis yang lain kerana lebih tahan lasak meskipun sedikit berat.

Ia disebabkan konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan di samping kalis lekat dan ‘green’.

Tambahnya, kesemua peralatan kalis lekat selamat digunakan namun pengguna perlu memastikan pengeluar yang diyakini dan mempunyai reputasi yang baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain