suria

Habis rumah terbuka selepas Syawal, tiba masa turunkan berat badan... Ini 5 langkah kembali ideal dalam 100 hari!

Cabaran diet 100 hari dapat membantu menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

JAMUAN rumah terbuka sememangnya meriah dengan kepelbagaian juadah terutama ketupat, lemang dan rendang yang menjadi 'menu raya' sepanjang Syawal.

Tidak kurang juga yang menyediakan mi bandung, sate, lontong, laksa, nasi briyani dan sebagainya sebagai hidangan utama untuk meraikan para tetamu.

Boleh dikatakan kebanyakan sajian yang dihidangkan adalah tinggi kalori.

Anda yang kerap menghadiri rumah terbuka dan menikmati segala juadah yang dihidangkan, pasti berasa bimbang dengan kenaikan berat badan.

Bagi yang ingin mendapatkan bentuk badan asal dan mahu menurunkan berat, bolehlah mencuba lima langkah seperti yang dicadangkan jurulatih kecergasan, Amirul Aslam.

Paling mengujakan anda dapat melihat perubahan ketara selepas 100 hari.

Makanan ringan perlu dielakkan bagi memastikan diet berkesan. -Gambar hiasan

Makanan yang diproses perlu dielakkan bagi memastikan diet berkesan. -Gambar hiasan

1. Jangan minum air manis

Anda yang berfikiran 'aku tak boleh hidup tanpa air manis' perlu segera mengubah persepsi tersebut serta merta.

Apa yang penting adalah air kosong dan bukanlah air manis.

Jika terlampau craving, boleh gantikan gula dengan pemanis yang lain seperti daun stevia.

2. Buang semua junk food

Susah untuk menolak junk food kalau ia sememangnya tersedia di dapur mahupun peti sejuk rumah.

Oleh itu, elakkan restock bahan seperti mi segera, coklat, gula-gula, aiskrim serta keropok atau apa sahaja yang membantutkan proses diet anda.

Cuba elakkan dalam tempoh 100 hari ni.

Brisk walk dapat membantu membakar kalori dalam badan. -Gambar hiasan

Brisk walk dapat membantu membakar kalori dalam badan. -Gambar hiasan

3. Lakukan brisk walk atau joging

Cuba amalkan selama 45 minit sehari atau sekerap lima kali seminggu.

Lebih banyak peluh dikeluarkan, lebih mudah anda menurunkan berat bedan.

4. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur awal

Pastikan anda mendapatkan waktu tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya enam jam.

Elakkan melayari media sosial sehingga lewat malam kerana habit tersebut tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan.

5. Pilih diet yang ingin diamalkan

Terdapat banyak amalan diet yang boleh dilakukan.

Pilih salah satu dan teruskan selama 100 hari tanpa cheat day ya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain