RAMAI dalam kalangan kita sering diserang migrain. Memikirkan bebanan kerja di pejabat, kerja-kerja rumah serta masalah lain, ditambah pula dengan cuaca panas, secara tidak langsung faktor-faktor ini boleh menjadi punca migrain menyerang. Ada kalanya pengambilan ubat 'painkiller' pun tidak lut, sehingga rasa mahu menghantuk kepala ke dinding! ARTIKEL BERKAITAN: Ini beza sakit kepala dan migrain serta penyebabnya! Menurut portal Myhealth, migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta mengelakkan diri daripada perkara yang dikenal pasti sebagai punca ia berlaku seperti stres, terdedah di bawah pancaran matahari pada tempoh lama, berada dalam suasana bising, bingit dan sebagainya. Tekanan akibat bebanan tugas juga boleh menjadi salah satu punca migrain. -Gambar hiasan Selain itu, ada satu cara semula jadi yang boleh anda cuba untuk meredakan migrain, sebagaimana yang dikongsi oleh Ustaz Norazri Medzlan dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang. Caranya mudah sahaja! Hanya gunakan ketulan ais. 1. Ambil beberapa ketul ais. 2. Letak di tengah tengkuk atau belakang leher. 2. Biarkan ais di bahagian tersebut dalam 10 minit. Menurut Ustaz Norazri, cara tersebut sudah dipraktikkannya sendiri sebanyak dua kali dan ternyata, hasilnya berkesan. Bagi mereka yang kerap diserang migrain, bolehlah mencubanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube