suria

Jangan sembarangan masak! Ada sebab 3 jenis sayur ini tak sesuai digoreng, undang risiko kanser

Kubis, terung dan brokoli merupakan antara sayur yang tidak sesuai digoreng.

SEPERTI yang kita ketahui, sayur-sayuran sememangnya penting dalam diet harian.

Antara khasiat sayur-sayuran adalah melancarkan sistem penghadaman, melindungi tubuh daripada jangkitan dan risiko kanser, memastikan sistem imun kuat, mencantikkan kulit dan membantu proses menurunkan berat badan.

Namun begitu, tahukah anda bahawa cara penyediaan dan kaedah memasak yang kurang tepat sebenarnya menyumbang kepada kehilangan vitamin dalam sayur-sayuran.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna 6 helah mudah masak sayur! Anda tak bosan, anak pun suka

Malah, ada beberapa jenis sayuran yang tidak boleh disediakan dengan cara menggoreng kerana membahayakan kesihatan.

goreng 2

Kaedah memasak seperti merebus, mengukus atau memanggang dengan sedikit minyak sangat digalakkan kerana lebih sihat. -Gambar hiasan

Berikut adalah tiga jenis sayur-sayuran yang tidak sesuai digoreng:

1. Terung

Menggoreng terung boleh menyebabkan tekstur terung berubah. Lemak yang ada dalam minyak akan melekat pada terung dan boleh menyebabkan darah tinggi atau hipertensi.

Cara penyediaan yang sesuai: Dibuat sup, gril, bakar, makan ketika segar

2. Brokoli

Menggoreng brokoli boleh menyebabkan kerosakan sel, peradangan dalam tubuh, risiko degenaratif dan kanser. Menggoreng brokoli mengubahnya menjadi kandungan nitrit bersifat karsinogen.

Cara penyediaan yang sesuai: Dikukus atau rebus, panggang atau makan ketika segar

3. Kubis

Menggoreng kubis boleh menjadi punca kepada kanser kerana mengubahnya menjadi kandungan nitrit bersifat karsinogen. Selain itu, ia mengundang risiko obesiti.

Cara penyediaan yang sesuai: Direbus atau dimakan ketika segar

The tempting selection of ulam, sambal, acar and kerabu.

Kita digalakkan menjamah ulam-ulaman kerana lebih sihat dan berkhasiat. -Gambar hiasan

Ada sebabnya sayur-sayuran tidak digalakkan untuk digoreng kerana faktor berikut:

1. Kehilangan atau kekurangan zat nutrien

Menggoreng dalam minyak panas menyebabkan beberapa nutrien larut air seperti vitamin C dan beberapa jenis vitamin B berkurang atau hilang

2. Penyerapan minyak

Minyak yang digunakan untuk menggoreng selalunya mengandungi lemak tepu atau trans yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

3. Karsinogen bertambah

Menggoreng pada suhu tinggi boleh menyebabkan tindak balas kimia antara minyak dan bahan makanan, dan menghasilkan sebatian yang berpotensi karsinogenik.

Pendedahan berterusan kepada sebatian ini boleh meningkatkan risiko kanser.

Justeru, sebaik-baiknya pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus, mengukus atau memanggang dengan sedikit minyak.

Dengan cara ini, khasiat dalam sayur-sayuran dapat dikekalkan dengan baik supaya kita mendapat faedah yang optimum daripada pengambilan sayur-sayuran ini. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain