suria

Nampak murah, terus beli! Ketahui kesan makan telur pecah, ramai tak tahu berisiko ragut nyawa

Ada sesetengah kedai menjual telur yang sudah siap dipecahkan.

TELUR merupakan salah satu bahan masakan mentah yang wajib ada di dalam peti sejuk setiap rumah.

Disebabkan cara penyediaannya yang mudah dan pantas, telur menjadi 'penyelamat' untuk ibu-ibu dan golongan bujang dalam pelbagai situasi.

Namun, jangan sesekali ambil mudah bab memilih telur.

Jangan disebabkan mahu membeli telur yang lebih murah, anda 'menutup mata' membeli apa sahaja jenis telur yang dijual di kedai.

Mungkin di kawasan anda, ada sesetengah kedai menjual telur pecah di dalam plastik dengan harga yang murah.

Persoalannya, sejauh manakah telur pecah selamat dimakan?

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, telur yang tercemar dengan bakteria salmonella adalah penyebab utama keracunan makanan pada manusia dan boleh mengancam nyawa terutama kepada ibu mengandung, warga tua dan kanak-kanak.

Bakteria salmonella ditemui dalam usus ayam dan ayam boleh dijangkiti oleh salmonella melalui baja, ladang, najis semasa pengangkutan serta sewaktu penyembelihan dan pemprosesan ayam di kilang.

A worker preparing the chicken eggs for the customer at the suppliers and distributor near Jalan Raja Bot wet market on October 30 after the government announcing the subsidies and price controls on chicken will be discountinued from Nov 01.—AZMAN GHANI/The Star

Tidak berhati-hati dalam memilih telur boleh menyebabkan keracunan makanan. -Gambar hiasan

"Walaupun langkah terbaik diambil bermula dari ladang hingga ke pemprosesan untuk mencegah jangkitan salmonella ini pada telur, namun keberangkalian ia terjadi tetap ada terutama ketika penjualan.

"Dan adakah anda rasa telur pecah ini bersih dan selamat dimakan? tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Telur retak, selamatkah dimakan?

Menurutnya lagi, pencemaran boleh berlaku pada situasi berikut:

1) Bermula ketika telur tersebut pecah diikuti dengan pemprosesan untuk mengutip telur pecah dan memasukkannya ke dalam plastik.

2) Pencemaran juga boleh berlaku ketika penyimpanan untuk jualan.

3) Pengendalian ketika memasukkannya ke dalam plastik, sama ada pengendali mencuci tangan terlebih dahulu atau sebaliknya

4) Di tempat pemprosesan

5) Peralatan yang digunakan, sama ada bersih atau sebaliknya

Tidak sekadar itu, apa yang menjadi kerisauan adalah mengenai cara penyediaan dan penyimpanan telur di rumah selepas dibeli dari kedai.

"Adakah telur tersebut terus dimasak dan dimakan? Atau ia disimpan entah berapa lama dan adakah ia disimpan pada suhu yang sesuai (suhu sejuk)?

"Atau dibiarkan beberapa jam sehingga menggalakkan pembiakan bakteria?

"Adakah ia dimasak sempurna? Terlalu banyak yang perlu dititik beratkan berkenaan #telurpecah ini," kongsinya.

Tambahnya lagi, terdapat penilaian risiko keselamatan makanan yang perlu dibuat agar telur pecah ini memang benar-benar tidak tercemar dan selamat untuk dimakan.

"Apa pun, pilihan di tangan anda. Sama-sama kita educate agar orang ramai tidak terabai nyawa memakan makanan yang tidak pasti keselamatan dan kualitinya," tulisnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain