PISAU merupakan salah satu peralatan yang paling penting di dapur. Bukan setakat menghiris bawang, sayur, menyiang ikan atau daging, malah ia digunakan untuk memotong apa jua jenis bahan masakan. Tapi, pasti ramai yang runsing apabila perlu memotong bahan masakan yang bergetah seperti pisang ataupun nangka muda. Habis melekat getah pada pisau dibuatnya! ARTIKEL BERKAITAN: Mata pisau blender yang tumpul boleh tajam semula... petua guna garam kasar, ais memang berkesan Walaupun jenuh menyental berkali-kali, getah yang melekat pada pisau tetap sukar dihilangkan. Buat golongan suri rumah, anda tidak perlu runsing lagi. Apa kata anda cuba petua yang dikongsikan oleh Wan Zamilah Yusuf ini. Pisau yang disapu minyak dipanaskan atas api. Tip bersihkan pisau selepas memotong nangka atau pisang muda: 1. Sapukan minyak masak pada bahagian pisau yang melekat getah. 2. Kemudian, panaskan pisau atas api. Gunakan api yang perlahan. Selepas dipanaskan, lap pisau menggunakan kain. 3. Apabila pisau sudah panas, boleh terus bersihkan dengan mengelap menggunakan kain. Hasilnya bukan setakat kesan getah hilang, pisau pun nampak lebih berkilat macam baru dibeli. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube