suria

30 tahun hidup, baru tahu ilmu rebus telur! Warna kuning lebih terang guna 1 bahan, rasanya lazat berlemak

Warna kuning telur yang pekat kelihatan lebih menarik.

TELUR rebus lazat dimakan bersama pelbagai hidangan.

Namun pastinya lebih menyelerakan sekiranya warna kuning telur rebus itu lebih terang.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, didedahkan bahawa warna kuning telur yang 'pekat' adalah lebih kaya dengan khasiat serta mudah untuk dicerna usus penghadaman.

Malah rasanya juga terbukti lebih berlemak dan sedap.

Teknik untuk mendapatkan telur rebus yang sebegini sebenarnya cukup mudah, anda hanya memerlukan satu bahan sahaja.

Perbezaan warna kuning telur yang ketara.

Bahan-bahan:

1) Satu sudu kecil garam

Langkah-langkah:

1) Tambahkan garam ke dalam air sejuk

2) Masukkan telur ke dalam air dan rebus selama lapan minit

3) Matikan api dan biarkan selama lima minit

4) Angkat dan rendamkan ke dalam air sejuk. Siap!

Maklum balas:

"30 tahun hidup, baru tahu nak masak telur pun kena ada ilmu rupanya.

"Saya dah cuba, memang telur tu jadi lebih cantik. Puas hati ni," demikian kata sebahagian warga maya. - @thunderstonedistribution

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain