suria

Sabun mahal, baju tetap bau 'matahari' lepas kering! Wanita ajar teknik ibu cuci pakaian, terbukti wangi

Bau pakaian yang wangi selepas dibasuh akan memberikan kepuasan di hati. -Gambar hiasan

TULAR perbincangan di media sosial mengenai baju yang sudah dibasuh sempurna tidak berbau harum semerbak.

Meskipun pelbagai jenama sabun pencuci yang dicuba, namun hasilnya tetap menghampakan.

Malah warga maya turut berteka-teki sekiranya mereka tersilap teknik sehingga menyebabkan pakaian gagal mencapai tahap keharuman yang diingini.

"Baju saya tak bau wangi pun selepas kering disidai, cuma bau matahari. Apa rahsia dia sebenarnya, kalau mak saya basuh, mesti luar biasa harumannya.

Pastinya mengecewakan apabila bau wangi pada pakaian tidak berkekalan. -Gambar hiasan

"Mungkin ada kaitan dengan nisbah campuran sabun dan pelembut fabrik? Sesiapa boleh kongsi?" demikian rungutan warga maya.

Dalam pada itu, seorang wanita tampil berkongsikan petua membasuh baju yang diturunkan oleh ibunya, malah keberkesanannya diperakui ramai.

"Ini apa yang ibu saya selalu buat, tak pernah gagal lagi. Jom kita tengok," ujarnya.

Langkah-langkah:

1) Basuh pakaian menggunakan air suam di dalam mesin tanpa meletakkan sebarang sabun (Tujuannya untuk buang bau peluh pada pakaian selepas terperap dalam bakul)

2) Bilas dan masukkan sabun pencuci untuk basuhan kedua

3) Bilas dan rendamkan bersama pelembut fabrik selama lima minit

4) Bilas dan rendamkan pula ke dalam air sejuk

5) Bilas buat kali terakhir sehingga bersih sepenuhnya. Kini sedia untuk dikeringkan

Maklum balas

"Betul, mak saya pun buat begini! Walaupun makan masa tapi menyerlah bau wangi tu. Berbaloi untuk cuba kalau betul pentingkan keharuman pada pakaian kita.

"Kalau nak hasil yang gempak, usahanya pun kena la lebih juga," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain