suria

Hampir tiada risiko... Ini 5 fakta tentang lasik pemakai cermin mata, kanta lekap perlu tahu

Setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan lasik perlu menjalani pemeriksaan mata secara terperinci terlebih dahulu. -Gambar hiasan

PROSEDUR lasik menjadi pilihan bagi golongan 'bermata empat' yang menginginkan penglihatan lebih jelas serta tidak lagi bergantung kepada kaca mata atau kanta lekap.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan, ramai yang was-was atau takut untuk menjalani prosedur ini kerana pelbagai perkara yang bermain di minda, lebih-lebih lagi ia melibatkan organ yang penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kabur kini terus buta... Wanita kongsi risiko tabiat tenyeh mata sungguh-sungguh

Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk menjalani lasik, berikut adalah lima perkara yang perlu anda ambil tahu mengenai prosedur ini sebagaimana perkongsian Facebook Lasik Mesir:

1. Risiko 1 peratus

Setiap pembedahan yang dilakukan di dunia ini ada risikonya. Walau bagaimanapun, hampir kesemua doktor pakar mata bersetuju bahawa risiko untuk pembedahan lasik berdepan masalah atau 'tidak menjadi' adalah sangat rendah dengan kadar satu peratus. Ini adalah hasil daripada pengumpulan data selama 10 tahun lebih.

Filename : shutterstock_15.cd3f8105332.original.jpg - To go with

Pemakaian kanta lekap mengundang risiko jangkitan terhadap mata. -Gambar hiasan

2. Tidak semua boleh jalani prosedur lasik

Bukan semua orang yang ingin melakukan lasik layak untuk melakukannya. Anda perlu lepas beberapa ujian. Antara faktor yang menentukan sama ada anda layak atau tidak adalah ketebalan kornea dan juga bentuk permukaan mata. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada risiko satu peratus yang rendah di atas.

3. Risiko lebih rendah daripada memakai kanta lekap

Jika anda seorang pengguna tegar kanta lekap, maka risiko untuk mata anda mendapat jangkitan adalah jauh lebih tinggi berbanding risiko komplikasi akibat Lasik. Jadi anda digalakkan untuk membuat lasik berbanding memakai kanta lekap.

4. Jenis berbeza

Ada tiga jenis pembedahan lasik yang berbeza. Lasik tradisional menggunakan pisau untuk membuat 'flap' ketika pembedahan, Femto Lasik menggunakan laser untuk membuat 'flap', manakala 'Femto Smile' menggunakan laser untuk membuat lubang kecil di atas mata berbanding membuat flap. Lubang tersebut berbentuk senyuman.

Young businessman driving a car while going on a trip.

Prosedur lasik bakal mengurangkan kebergantungan kepada cermin mata untuk menjalani kehidupan seharian. -Gambar hiasan

5. Kelebihan lasik

Dapat menikmati deria penglihatan yang jelas tanpa perlu lagi bergantung kepada kaca mata atau kanta lekap. Malah, penglihatan yang jelas akan memudahkan kehidupan seharian seperti bekerja, memandu, melakukan apa jua hobi dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain