suria

Ramai sanggup seksa diri, amal diet keterlaluan hingga mudarat... Jurulatih kecergasan nasihat jangan takut ambil kalori!

Ramai yang sanggup menyeksa diri demi menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

MEMILIKI bentuk tubuh yang menarik dan langsing semestinya menjadi idaman ramai.

Dua perkara penting yang menjadi kunci sepanjang proses untuk menurunkan berat badan adalah menjaga pemakanan serta melakukan aktiviti senaman.

Namun begitu, ada sesetengah individu yang mahu menurunkan berat badan lebih gemar mengikut kefahaman atau 'kepala' sendiri berdasarkan carian di internet tanpa merujuk pakar.

Jangan tak tahu, ada yang gigih melakukan aktiviti senaman (work out) melangkaui kemampuan kapasiti tubuh atau mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti mengikat perut.

Cara ini sangatlah berisiko dan dikhuatiri akan menimbulkan kemudaratan kepada tubuh badan.

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Angel tampil memberikan nasihat agar golongan ini mengelak daripada terjebak dengan trend tidak sihat.

If you make your diet a little healthier, you will be doing your cholesterol levels a favour. — dpa

Penting untuk mengambil makanan yang menyihatkan ketika proses menurunkan berat badan, bukan menyekat pengambilan makanan. -Gambar hiasan

"Ada dua benda yang saya tak mahu anda normalize. Kalau anda mahu kurus, pertama, makan kalori terlalu rendah adalah tidak normal.

"Cuba pergi baca apa yang akan terjadi jika anda berdepan dengan tiroid... lepas tu, anda tentukan sama ada nak buat atau tidak pendekatan (makan) kalori yang terlalu rendah, atau nak jadi manusia yang sihat apabila kurus.

"Yang kedua, bersenam setiap hari untuk membakar 1,000 kalori sehari. Kamu dah kenapa? Ini pendapat tak bijak," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gigih kejar 10,000, kini 7,000 langkah sehari terbukti mampu panjangkan umur!

Tambah jurulatih kecergasan ini lagi, jika seseorang sama ada berusia dalam lingkungan usia 20an, 30an atau 70an sekalipun, sekiranya berada dalam keadaan letih, tidak wajar untuk bersenam setiap hari.

Ujarnya, langkah yang tepat adalah:

1. Bersenam dua hingga tiga kali seminggu

2. Mula dengan senaman jalan kaki

3. Cuba makanan perapan (meal prep)

4. Ambil buah-buahan

5. Melebihkan protein seperti telur, dada ayam, tuna, ikan merah, ikan siakap, udang dan lain-lain

It's important to keep your heart healthy by getting active. American Heart Association guidelines recommend 150 minutes a week of moderate-intensity aerobic activity or 75 minutes per week of vigorous activity. (Dreamstime/TNS)

Melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu dengan konsisten amat disarankan ketika dalam proses menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

Seorang lagi jurulatih kecergasan, Khalid Mukti berkongsi kesan pengambilan kalori yang terlalu rendah, iaitu:

1. Boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan mengganggu fungsi normal tubuh.

2. Kekurangan tenaga: Tubuh memerlukan kalori sebagai sumber tenaga untuk menjalankan fungsi harian.

3. Kehilangan otot: Apabila pengambilan kalori sangat terhad, tubuh mungkin menggunakan protein otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4. Keseimbangan nutrisi terjejas: Sukar untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh dengan baik. Ini boleh menyebabkan kekurangan vitamin, mineral, dan nutrien penting lain yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Kesimpulannya, cara paling berkesan dan sihat untuk menurunkan berat badan adalah bukan mengurangkan makan tetapi mengamalkan pemakanan yang sihat di samping dengan senaman. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain