suria

Anak asyik minta minuman manis? Ini 5 tip latih si kecil minum air kosong, memang berkesan!

Kanak-kanak perlu dipupuk untuk mengambil air kosong demi kesihatan. -Gambar hiasan

KANAK-KANAK yang sedang membesar semestinya gemar bermain serta berlari kerana dalam fasa meneroka perkara baharu.

Disebabkan itu, mereka mudah berpeluh kerana aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Justeru, mereka memerlukan kandungan air dalam badan yang mencukupi untuk membantu sistem perkumuhan membabitkan pengeluaran bahan buangan daripada badan dengan berkesan.

Memetik portal Hello Doktor, jumlah air yang perlu diminum oleh bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

- Dua tahun hingga empat tahun, lelaki atau perempuan = 2 hingga 4 cawan

- Empat tahun hingga lapan tahun, lelaki atau perempuan = 5 cawan

- Sembilan tahun hingga 13 tahun

* Lelaki = 8 cawan

* Perempuan = 7 cawan

Children play in a park during an electricity blackout in Yangon on April 26, 2024. As the sun sets on another scorching Yangon day, the hot and bothered descend on the Myanmar city's parks, the coolest place to spend an evening during yet another power blackout. For many in the city of some eight million, relief comes only at night and outdoors with the metropolis' parks offering natural shade and blissful breezes. (Photo by Sai Aung MAIN / AFP)

Kanak-kanak yang dalam fasa sedang membesar memerlukan air yang mencukupi agar kekal terhidrat. -Gambar hiasan

Kekurangan air menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Namun begitu, boleh dikatakan sebahagian besar kanak-kanak kurang gemar mengambil air kosong, tetapi cenderung minum air berperisa yang manis di mana ia tidak baik untuk kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak selera makan nasi tanpa kicap? Ibu bapa tolong jaga-jaga, manis tu! Pakar kongsi keburukan gula berlebihan

Jika anak anda tergolong dalam situasi yang sama, apa kata cuba praktikkan tip yang dikongsikan oleh seorang ibu yang juga blogger, Khalisah Hazrina.

1. Sediakan botol air yang cantik dan menarik

2. Minum air guna straw kerana lebih memudahkan dan tidak tertumpah

Girls and parents wake up to drink water in the morning.

Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak untuk mendidik mereka mengambil air kosong. -Gambar hiasan

3. Tunjukkan contoh, ibu bapa juga perlu konsisten minum air kosong

4. Didik seawal enam bulan kerana pada usia ini, anak sudah mula mengambil makanan solid

5. Sediakan buah yang kaya dengan kandungan serat.

Selain itu, ini pula tip tambahan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa seperti membekalkan air kosong ke sekolah dan pastikan air kosong sentiasa tersedia serta mudah diambil di rumah. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain