ADAKAH anda pernah mengalami simptom seperti sakit ketika membuang air kecil, kencing kotor atau kencing berdarah? Jika ya, berkemungkinan anda sedang menderita penyakit batu karang. Ramai yang mengambil mudah akan simptom-simptom ini, namun tahukah anda, batu karang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang? ARTIKEL BERKAITAN: 'Cuci' buah pinggang anda, bebaskan racun... Jom cuba 5 minuman ini Batu karang sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tetapi golongan yang kerap berisiko adalah berumur 35 hingga 45 tahun. Datuk Dr Hamid Arshad berkongsi petua merawat batu karang secara semula jadi. Selain mendapatkan rawatan doktor, anda boleh mencuba petua merawat batu karang secara alami, sebagaimana perkongsian pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat. 1) Tembikai dan gula batu - Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus daripada sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah batu karang akan hancur. 2) Empulur jagung - Ambil tujuh tongkol empulur jagung yang telah dibuang isinya, rebus dalam lima gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum tiga kali sehari. Golongan yang berumur 35 hingga 45 tahun adalah yang berisiko diserang batu karang. -Gambar hiasan 3) Serbuk jintan hitam, madu dan air panas Campurkan satu sudu kecil serbuk jintan hitam, tiga sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan. 4) Jus lobak putih Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka. 5) Barli dan gula batu Rebus satu paket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat daripada barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube