KETIKA musim perayaan, semestinya kita 'dikelilingi' makanan yang sedap dan lazat. Juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi yang terhidang di depan mata, boleh dikatakan mustahil untuk ditolak. Kemudian, mulalah risau dan pening kepala apabila jarum penimbang makin naik! ARTIKEL BERKAITAN: Syok makan juadah raya, jangan sampai tak ingat dunia! Pesakit diabetes beringat, 9 tip kekal sihat di Aidilfitri Apatah lagi beberapa perubahan sudah mula dirasai seperti perut makin membuncit ataupun pakaian semakin ketat. Jadi, bagaimana kita boleh kekal sihat semasa musim perayaan? Jangan risau, jom ikuti tip daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan berat badan yang ideal semula selepas musim perayaan. Sukar untuk mengelak daripada menjamah makanan yang disajikan ketika raya. -Gambar hiasan 1) Betulkan corak pemakanan. 2) Amalkan 'suku-suku separuh' dan rancang pemakanan yang seimbang dan sederhana. 3) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori dan berlemak. 4) Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat seperti sayur, buah-buahan dan bijirin penuh. Rajinkan diri untuk bersenam, sekurang-kurangnya melakukan brisk walk. -Gambar hiasan 5) Minum air kosong yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari. 6) Kekal aktif setiap hari dengan melakukan senaman atau berjalan 10,000 langkah sehari. 7) Masak hidangan dengan kaedah masakan yang sihat seperti rebus, bakar atau stim yang tidak menggunakan minyak Sekiranya anda berdisiplin dan dapat mengikuti dengan baik tujuh cara untuk menghilangkan berat badan dalam tempoh kurang daripada sebulan, maka anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube