suria

Doktor jawab kesan ibu hamil kerap guna minyak angin, ada 7 cara lain lebih selamat

Penggunaan minyak angin sinonim dengan wanita gamil. -Gambar hiasan Freepik

MENGALAMI ketidakselesaan perut adalah perkara lazim yang dialami wanita hamil.

Ketidakselesaan yang dimaksudkan biasanya mengalami sembelit, perut meragam atau kembung.

Bagi meredakan rasa tidak selesa ini, kebanyakan ibu hamil memilih untuk menggunakan minyak angin.

Namun sejauh manakah penggunaan minyak angin ini memberi kesan kepada kesihatan mereka mahupun bayi dalam kandungan?

Menurut seorang pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad, ubat-ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi untuk mengurangkan ketidakselesaan perut, sama ada berbentuk krim atau ointment, pada amnya tidak mempunyai kesan sampingan pada bayi dalam kandungan.

"Bahan aktif yang digunakan dalam minyak berangin ialah menthol. Semakin banyak peratusan menthol yang digunakan, semakin kuatlah ubat itu.

"Penyerapan menthol ini ke dalam salur darah melalui kulit boleh diabaikan kerana kebanyakannya tersejat ke udara sebelum diserap," kongsinya.

Menurutnya, setakat ini tiada lagi data yang dikumpulkan daripada wanita hamil menggunakan menthol yang disapu pada kulit dan mengalami kesan sampingan.

Bagaimanapun, menthol yang digunakan sebagai minyak berangin atau krim berangin tidak dikategorikan sebagai bahan yang selamat oleh badan berkuasa yang mengawal keselamatan ubat-ubatan di Amerika Syarikat iaitu FDA.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengandung! Nak pakai produk kecantikan, pastikan elak 5 bahan ini

"Ini bermakna ubat minyak berangin bukanlah sesuatu yang disahkan selamat dan bukan juga dianggap berbahaya untuk digunakan wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak," tulisnya.

minyak 3

Berbaring dapat memberi kesan kepada penghadaman. -Gambar hiasan Freepik

Dr Zubaidi dalam pada itu turut menasihati wanita hamil agar mendapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor masing-masing terlebih dahulu.

Bagi wanita hamil yang ingin merawat sendiri tanpa perlu konsumsi sebarang ubat, terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan, selain menggunakan minyak angin, seperti yang dikongsikan di portal Hellodoktor:

1) Makan dengan kerap

Perut kosong boleh memburukkan lagi rasa loya. Jadi makan hidangan bersaiz kecil atau snek yang mudah diambil seperti segenggam kacang atau biskut setiap satu hingga dua jam.

2) Pilih protein

Ia menawarkan kelegaan lebih lama daripada rasa loya berbanding makanan tinggi karbohidrat atau lemak. Pilihan terbaik adalah seperti yogurt, keju kotej, susu, kacang dan bijian.

3) Makanan masam

Hisap hirisan buah sitrus seperti lemon, oren atau limau. Gula-gula berperisa lemon juga boleh membantu.

4) Minyak aroma

Aroma minyak pati seperti pudina atau lemon boleh membantu meredakan gejala loya dengan cepat.

minyak 2

Bertungku atau tuam juga sinonim untuk menghilangkan masalah angin dalam perut. -Gambar hiasan

5) Elakkan berbaring selepas makan

Tabiat itu harus dielakkan kerana ia menghalang penghadaman dan membuatkan anda mual.

6) Pengambilan air mencukupi penting

Kekal terhidrat semasa mengandung boleh membantu meredakan loya dan juga mengatasi sembelit kerana membantu melembutkan najis.

7) Tuam air panas

Kaedah menuam berkesan membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain