suria

Usah pandang remeh isu ‘parental burnout’, atasi sebelum terlambat... Banyak kes ibu bapa cederakan anak kerana stres melampau

Ibu bapa cenderung mencederakan anak-anak disebabkan stres melampau. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda mengalami keletihan melampau, cepat marah atau tekanan (pressure) yang kronik dalam menguruskan anak-anak?

Jika ya, itulah sebenarnya antara tanda-tanda anda sedang diserang parental burnout.

Parental burnout ditakrifkan sebagai kehabisan daya dan tenaga kerana terlampau stres dengan keluarga serta bebanan tugasan seharian.

Mereka yang berisiko untuk mendapat parental burnout adalah:

1) Golongan ibu muda atau first time parent.

2) Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

3) Ibu bapa dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan yang berbeza.

4) Ibu bapa yang perfectionist.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dipandang serong hantar anak ke taska, tak boleh terima alasan nak relaks... Ramai melenting, geng mak-mak pun boleh ‘burnout’

Sekiranya simptom ini dibiarkan ia akan menyebabkan kesan dan impak yang besar terhadap kesihatan mental dan juga boleh meningkatkan risiko individu ini mengalami penyakit mental seperti kemurungan dan juga kebimbangan.

Dalam sesetengah keadaan yang ekstrem pula, ada sesetengah ibu bapa yang bertindak mencederakan anak-anak mereka atau mengabaikan mereka.

stres 1

Ibu bapa yang mempunyai simptom 'parental burnout'disarankan mendapatkan bantuan terapi. -Gambar hiasan

Jadi sebelum terlambat, ibu bapa yang merasakan mereka mempunyai ciri-ciri parental burnout boleh cuba mengatasinya sebagaimana saranan laman sesawang whattoecxpect.com ini:

1) Mencari sokongan sosial.

2) Agihkan beberapa tugas keibubapaan.

3) Katakan tidak kepada komitmen berlebihan.

4) Menambah skil dan ilmu keibubapaan.

5) Mengutamakan pengurusan stres anda.

6) Ada masa untuk diri sendiri tanpa anak-anak atau me time.

7) Mendapatkan pandangan ahli terapi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain