BUKAN mudah sebenarnya proses untuk menurunkan berat badan, apatah lagi jika berat asal mencecah tiga digit. Namun gadis ini membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya impian itu disusuli dengan usaha tanpa jemu. Bayangkan, daripada 103 kilogram (kg), gadis ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40 kg! Bukan sekejap, sebaliknya proses penurunan berat badannya mengambil masa sekitar dua tahun dengan semuanya dilakukan secara konsisten sehingga mencapai berat ideal 63kg. ARTIKEL BERKAITAN: Azam nak kurus 2020? Ikut tip wanita ini berjaya hilang 32 kg dalam masa 4 bulan! Menerusi bebenang di laman X, gadis bernama @rimafebrr ini tidak lokek berkongsi rutin dan tip yang diamalkannya: 1) Kaedah diet yang diamalkan adalah Diet Defisit Kalori 2) Mengira keperluan kalori menggunakan aplikasi FatSecret. Antara contoh menu yang diambil oleh Rima sepanjang proses menurunkan berat badan. 3) Makan tiga kali sehari. Contoh menu seperti berikut: * Sarapan pagi - Ubi rebus dan buah berserat. Buah kegemaran adalah epal, pear dan betik. * Makan tengah hari - Karbohidrat (ubi rebus/nasi perang/nasi putih), serat (bayam/sayur sawi/kale/brokoli), protein (dada ayam tanpa kulit/ikan/putih telur/tauhu/tempe). * Makan malam - Sama seperti menu makan tengah hari. 4) Hidangan dimasak tanpa minyak, hanya rebus dan bakar 5) Jika menikmati makan di luar, gemar pesan nasi bersama dada ayam bakar. Yogurt dan buah diambil sebagai jajan. 6) Memperbanyakkan pengambilan air putih 7) Menggantikan jajan tidak sihat dengan yogurt 8) Pada peringkat awal, hanya melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki (brisk walk). Seiring penurunan berat badan, tempoh melakukan aktiviti ini makin panjang sekitar sejam 9) Jika tidak melakukan brisk walk, aktiviti yang digemari adalah skipping. Semuanya dilakukan di rumah sahaja. 10) Tidak melakukan senaman setiap hari, sebaliknya dalam empat atau lima kali seminggu. Penampilan terkini Rima yang semakin langsing dan jelita. "Semasa diet, saya sengaja tidak menyiarkan perkembangan saya di media sosial. Sehingga akhirnya apabila berat saya mencecah 63kg, barulah saya berkongsi. "Rakan yang pernah mengejek saya pula minta kongsi tip diet," ujarnya. Melihat gambar yang dikongsikan, ternyata diet yang dilakukan gadis ini benar-benar mengubah penampilannya. Daripada gadis comel, terus berubah menjadi gadis jelita. Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube