TANDAS atau bilik mandi yang lantainya mudah bertakung dengan air pastinya leceh untuk digunakan. Hendak mendapatkan khidmat tukang paip juga memerlukan kos. Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh @sayazuhri, ada dikongsikan cara mudah untuk melancarkan aliran air di saluran paip dalam tandas atau bilik mandi. Mudah sahaja caranya, ayuh kita lihat satu-persatu! Sewage cleaning rod Peralatan: 1) Sewage cleaning rod (boleh didapatkan di kedai perkakasan atau hardware) Langkah-langkah: 1) Ambil sewage cleaning rod dan masukkan ke dalam lubang saliran air, tekan batang tersebut perlahan-lahan. 2) Tarik batang getah berkenaan ke atas dengan laju agar gumpalan rambut atau kotoran akan melekat dan disedut keluar sekali. 3) Ulang langkah pertama dan kedua beberapa kali dengan gerakan sorong tarik sehingga tiada lagi kelihatan air bertakung. 4) Selepas selesai, boleh buat ujian dengan mencurahkan sebaldi air ke dalam saluran untuk melihat sekiranya masalah air bertakung masih berlaku. 5) Jika air tetap bertakung, ulang semula langkah pertama. Menerusi ruangan komen, seorang warganet menceritakan pengalamannya berkongsi tentang alat ini dengan rakan-rakan lain tetapi tindakannya itu mengundang rasa marah tukang paip. "Dulu pernah kongsi tentang rodding ni dalam group DIY (do it yourself)... Plumber (tukang paip) mana entah PM (private message) marah-marah jangan share katanya," tulisnya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - @sayazuhri Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube