suria

Meremang tengok video cacing bersarang dalam perut... Rupanya ini tanda-tanda orang dewasa ‘diserang’ parasit!

Masalah cacing pita di dalam perut perlu dipandang serius. -Gambar hiasan

GEMPAR video pendek di laman X memaparkan prosedur pembedahan perut untuk mengeluarkan lambakan cacing daripada usus.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang warga maya yang tidak menyangka organisma menjijikkan seperti itu boleh berada di dalam tubuh.

"Takutnya tengok cacing tu bergerak-gerak, rasa macam nak korek perut aku sekarang," ujar pelayar di platform berkenaan.

Cacing pita atau tapeworm cenderung menjangkiti mereka yang gemar mengambil makanan tidak dimasak sepenuhnya seperti sushi dan stik daging medium rare.

Dalam pada itu turut dikongsikan tip bagi membuat saringan awal untuk mengesan kehadiran cacing pita di dalam perut.

Ia boleh diperhatikan sendiiri berdasarkan beberapa petanda.

Dapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi sekiranya mempunyai keraguan. -Gambar hiasan

Simptom:

1) Lubang dubur kerap berasa gatal

2) Selalu mengalami masalah kembung perut

3) Mengalami kegatalan kulit

Rawatan:

Sekiranya mempunyai simptom di atas, anda boleh memulakan rawatan dengan mengambil ubat cacing yang boleh didapatkan daripada farmasi.

"Apabila makan ubat ini, cacing tu akan menjadi hancur dan keluar sekali dengan najis. Orang dewasa digalakkan makan ubat cacing sekali setiap enam bulan. Kiranya dua kali dalam setahun.

"Kalau dah lama tak makan ubat cacing, kita akan dapat rasakan najis tu terasa lain apabila membuang," jelas seorang pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain